Capcom telah mengumumkan Monster Hunter Wilds: Ascendance, iaitu expansion pertama untuk game tersebut. Didedahkan semasa Summer Game Fest 2026, kandungan DLC berskala besar ini akan dilancarkan pada tahun 2027.
Menuju ke Awan
Jalan cerita Ascendance meneruskan perjalanan Expedition Team ke lokasi altitud tinggi yang terletak di celah-celah awan. Kawasan ini menampilkan pulau-pulau terapung yang boleh diterokai oleh pemain menggunakan Seikret untuk melompat dari satu daratan ke daratan yang lain.

Bagi membantu para hunter bertahan dalam persekitaran ini, Capcom memperkenalkan mekanik combat dan gajet baharu. Trailer yang dikongsikan mempamerkan sebuah peranti pada lengan menyerupai sarung tangan berapi. Pemain boleh menghidupkan gajet ini untuk ‘supercharge’ senjata mereka bagi melancarkan serangan berimpak tinggi. Expansion ini juga akan memperkenalkan kandungan Master Rank, yang membawakan tahap kesukaran lebih tinggi, cabaran yang lebih sengit, serta set senjata dan armor baharu untuk dihasilkan.
Ancaman Baharu
Pelbagai raksasa baharu dan lama bakal mendiami pulau-pulau langit ini. Antara makhluk baharu yang ditunjukkan ialah sejenis Flying Wyvern yang memburu dalam kumpulan, menyerupai ikan terbang, dan menyerang pemain dengan menjunam dari udara.

Bagi peminat tegar, pendedahan paling menarik perhatian ialah kemunculan dua Elder Dragon klasik:
- Kushala Daora: Naga logam yang mengawal angin ini kembali untuk mencabar para pemburu dengan serangan puting beliung ikoniknya.

- Lao-Shan Lung: Elder Dragon gergasi bersaiz gunung yang akhir sekali muncul sebagai sasaran dalam Monster Hunter Generations Ultimate pada tahun 2017.

Pemain memerlukan game asas untuk memainkan expansion ini, yang kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Capcom berjanji akan berkongsi lebih banyak maklumat lanjut tentang Monster Hunter Wilds: Ascendance pada musim panas (sekitar Jun hingga September) ini.









Discussion about this post