Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Bakal Didedahkan Lebih Lanjut pada Pertengahan Tahun 2024 — Menurut Producer Ryozo Tsujimoto

Maira by Maira
January 5, 2024 - Updated on February 13, 2025
in Artikel, Berita, Game, MHWilds
0 0
0
Monster Hunter Wilds Bakal Didedahkan Lebih Lanjut pada Pertengahan Tahun 2024 — Menurut Producer Ryozo Tsujimoto

Sumber: Capcom

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pendedahan entri baharu Monster Hunter Wilds semasa The Game Awards 2023, ramai peminat begitu teruja dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game baharu itu. Berita baiknya, game itu dalam pembangunan dan dijadualkan untuk lancar pada 2025. Dalam video baharu daripada producer Monster Hunter, Ryozo Tsujimoto, kemas kini mengenai Monster Hunter Wilds akan didedahkan pada musim panas tahun ini, senang cerita pada pertengahan tahun ini. Anda boleh tonton video penuh tersebut di bawah.

Selepas pengumuman mengenai Monster Hunter Wilds, ramai pemain mula bermain semula Monster Hunter World malah mencapai jumlah yang tertinggi pada tahun ini melalui data daripada Steam. Tsujimoto turut mendedahkan bahawa game tersebut telah terjual sebanyak 23 juta salinan!

Di samping angka jualan mengagumkan yang dilampirkan pada Monster Hunter World, turut didedahkan dalam video yang sama bahawa Monster Hunter Rise telah terjual sebanyak 13 juta salinan, manakala Monster Hunter Now telah melepasi jualan 10 juta unit.

Sumber: Capcom

Memandangkan tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-20 buat siri Monster Hunter, Capcom telah pun membuat satu undian besar-besaran untuk peminat mengundi raksasa kegemaran mereka dalam siri game ini. Raksasa yang mendapat undian terbanyak akan menerima ilustrasi khas dan pelbagai barangan lain yang akan diterbitkan buat peminat. Nantikan keputusannya pada bulan Mac ini melalui laman web rasminya.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Monster Hunter daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: monster hunterMonster Hunter Wildsmonster hunter worldRyōzō Tsujimoto
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Dedahkan Barisan Produk PC Kolaborasi Monster Hunter Sempena Ulang Tahun ke-20 Siri!

Next Post

Acer Swift X 14 Hadir dengan ciri AI-ready Untuk Semua Pencipta Kandungan, Dilengkapi Intel Ultra Core!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Acer Swift X 14 Hadir dengan ciri AI-ready Untuk Semua Pencipta Kandungan, Dilengkapi Intel Ultra Core!

Acer Swift X 14 Hadir dengan ciri AI-ready Untuk Semua Pencipta Kandungan, Dilengkapi Intel Ultra Core!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd