Dengan pelancaran pemproses Meteor Lake generasi ke-14 Intel, Acer Swift X 14 juga telah mendapat upgrade pada. Untuk model baharu ini, anda boleh mendapatkan laptop ini dengan cip pemproses sehingga Core Ultra 7. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai laptop baharu daripada Acer ini.
Laptop baharu ini turut dilengkapi AI dengan Intel® AI Boost 14.5” 16:10 2.8k OLED Calman Verified Display. Paparan ini akan memenuhi permintaan mereka yang berada dalam industri penciptaan kandungan tradisional seperti fotografi dan videografi. Ia turut menawarkan inovasi penyelesaian untuk pereka 3D, pembangun game dan profesional daripada pelbagai domain kreatif.
Model terdahulu juga didatangi dengan kad NVIDIA GeForce RTX 4050, tetapi anda boleh mendapatkan model yang mempunyai kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070. NVIDIA GeForce RTX 4070 dibina dengan seni bina NVIDIA Ada Lovelace yang sangat cekap, ini membolehkan anda mengalami ray tracing pantas, prestasi dipercepatkan AI dengan DLSS 3, cara baharu untuk mencipta serta memberikan kebebeasan kepada untuk serlahkan kreativiti.
Bukan sahaja peningkatan perkakasan malah perisian seperti perisian Acer PurifiedVoice kini telah dinaik taraf kepada perisian Acer PurifiedVoice 2.0 AI Noise Reduction Technology yang dipertingkatkan. Melalui penggunaan algoritma AI, Acer PurifiedVoice 2.0 mengenal pasti dan menghapuskan bunyi latar belakang yang tidak diingini, memastikan audio yang jelas dan tidak terganggu, meningkatkan komunikasi untuk pengalaman yang lebih mendalam bagi pengguna mereka.
Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran untuk Acer Swift X 14 di Malaysia malah model yang akan tersedia juga mungkin berbeza. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang mengenai pelancarannya nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post