Bandai Namco telah mengumumkan edisi barat untuk Mobile Suit Gundam: Battle Operations 2.
Game ini adalah free-to-play dan memberikan fokus kepada permainan berpasukan akan ke barat (versi Inggeris) untuk PlayStation 4 pada tahun ini. Berita ini telah disahkan ketika acara Anime Expo pada sesi “Play Anime”.
Walaupun ini adalah keluaran rasmi untuk barat, game in telah pun berada di Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Korea dalam bahasa Inggeris.
Menangi pertempuran dan jadi pemandu Mobile Suit terulung! Antara kandungan game ini adalah:
- Pertempuran maksima 6 lawan 6 – Pertempuran dengan pemain lain serata dunia menerusi pertempuran atas talian 6 lawan 6. Menampilkan sistem pertempuran darat dari siri sebelum ini, ia juga menambahkan pertempuran di angkasa sebagai ciri baru.
- Pertempuran Infantri – Pemandu Mobile Suit juga boleh menjadi hero. Mereka boleh menanam bom di kubu musuh atau memanggil bantuan ketika peperangan. Pertempuran infantri ada kalanya menentukan kesudahan peperangan.
- Dapatkan dan Ubah Suai Mobile Suit – Bangunkan Mobile Suit anda dengan DP yang didapat selepas pertempuran ataupun gunakan token untuk mencuba nasib untuk mendapatkan Mobile Suit yang berkuasa.
- Base Camp – Interaksi dengan pemain lain di Lobby. Di kawasan neutral ini, persiapan boleh dilakukan.
- Perubahan konsisten – Mobile Suit baru, stage dan kostum akan sentiasa ditambah dalam Mobile Suit Gundam: Battle Operations 2 disamping acara-acara yang kerap.
Sumber: niche gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post