Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 Anime Yang Perlu Di Adaptasi Ke Game Fighting Arc System Works

Anda setuju dengan senarai ini?

Jade Ice by Jade Ice
July 7, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
10 Anime Yang Perlu Di Adaptasi Ke Game Fighting Arc System Works
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 2014, Arc System Works telah membawa revolusi kepada game yang menggunakan grafik cel-shaded dengan game Guilty Gear Xrd; yang membawakan kepada kita artwork 3D dalam penampilan 2D lalu menjadikan game itu terasa seperti menonton anime. 2018, mereka bekerjasama dengan Bandai Namco untuk menghasilkan Dragon Ball FighterZ, dan kita semua tahu bagaimana hasilnya.

Terkini, Arc System Works sedang sibuk dengan Granblue Fantasy Versus, sebuah lagi game fighting yang menggunakan enjin yang sama. Mungkin pada masa hadapan, mereka akan menggunakan enjin ini untuk menyampaikan khidmat peminat. Oleh itu mari kita lihat apakah 10 anime-anime yang dirasakan sesuai untuk menerima enjin ini:

10 – Fairy Tail

Oleh kerana Fairy Tail sedang terkenal kerana kini berada di musim terakhir, mungkin ini masa yang sesuai untuk Arc System Works mengadaptasinya. Sesuai kerana setiap watak memiliki gaya pertempuran yang luas dan unik.

9 – Bleach

Terkenal suatu ketika dahulu tetapi dibatalkan kerana ratig yang rendah pada 2012. Arc System Works boleh menghidupkannya semula dan memberi kandungan baru pada peminat sedia ada anime ini.

8 – Hunter x Hunter

Watak dalam anime ini menggunakan cara pertempuran yang lain dari yang lain seperti membelasah orang menggunakan kayu pancing; dan ini menjadikan ianya calon yang sesuai. Walaupun keluaran manganya tidak konsisten, ianya memiliki popularitinya sendiri.

7- Medaka Box

Sealin daripada gaya pertempuran tidak konvensional, Medaka Box juga memiliki penulisan dan personaliti watak yang unik menjadikannya calon yang sesuai, tetapi popularitinya sedikit kurang berbanding anime lain.

6- Mahou Sensei Negima!/UQ Holder!

UQ Holder adalah sambungan terus daripada Mahou Sensei Negima! dan manganya hingga kini masih diterbitkan yang mengandungi pertempuran yang hebat. Dengan pilihan watak yang banyak; ianya juga calon yang tepat lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua siri ini digabungkan.

5 – My Hero Academia

Anime dan manga yang popular ketika ini, mengisahkan tentang adiwira gaya Amerika, ia menampilkan babak over-the-top dan watak-watak yang disukai. Walaupun ianya menerima game fighting arena-style; ini tidak mencukupi kerana ianya memerlukan game fighting 2D!

4 – Fate/Stay Night

Walaupun bukan anime atau manga dan sebenarnya adalah novel visual, ianya kekal popular dalam mana-mana adaptasinya seperti game, novel dan anime. Watak-wataknya sangat berkuasa dan diasaskan daripada watak dari lagenda atau sejarah. Ia berpotensi menjadi game fighting 2D yang hebat sekira Arc System Works menjananya.

3 – One Piece

Walaupun Arc System Works pernah mengeluarkan One Piece untuk Nintendo 3DS iaitu Daikaizoku Coliseum, penerimaannya kurang baik kerana mekanisma terlalu mudah dan ianya hanya di Jepun. Apa yang diperlukan oleh siri ini adalah game fighting seakan Dragon Ball FighterZ.

2- JoJo’s Bizarre Adventure

Ketika era PlayStation, anime ini telahpun mendapat sebuah game fighting. Tetapi sehingga kini, adaptasi game fightingnya amat menyedihkan. Popularitinya pasti akan melonjak sekiranya Arc System Works memberikannya nafas baru.

1 – Precure

Precure adalah Dragon Ball Z untuk perempuan. Semenjak penerbitannya pada 2004, setiap musim ia menampilkan pertempuran seperti Dragon Ball iaitu hand-to-hand dan menembak tenaga dari tangan. Dengan kandungan watak yang sangat banyak, ianya calon utama untuk adaptasi oleh Arc System Works.

Sumber: Exclusively Games

Tags: 2DanimeArc System WorksFighting
Previous Post

Funko Avatar: the Last Airbender Aang Di Atas Airscooter Kembali

Next Post

Mobile Suit Gundam: Battle Operations 2 ke Barat Pada 2019

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mobile Suit Gundam: Battle Operations 2 ke Barat Pada 2019

Mobile Suit Gundam: Battle Operations 2 ke Barat Pada 2019

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd