MOONTON secara rasmi telah melancarkan update NEXT GAME FOR YOU di Mobile Legends: Bang Bang, yang memperkenalkan Sistem Emblem serba baharu dan beberapa ciri lain. Bagi mereka yang kurang faham tentang sistem emblem lama, saya yakin pengalaman korang akan lebih senang selepas ini.
Emblem sering menjadi topik perbualan hangat dalam komuniti MLBB kerana isu kerumitan. Isu utama adalah pemain baharu tidak selalunya memahami seluruh sistem dan menganggap “menyusun Emblem” sangat melecehkan, jadi sejumlah besar daripada mereka membuat keputusan untuk mengabaikan kepentingannya.
Untuk mengatasi masalah ini, MOONTON memperkenalkan sistem emblem serba baharu. Bak kata mereka;
“Alasan di sebalik perubahan itu ialah game kini menampilkan lebih daripada 120 hero. [Sebagai contoh] pemain sering mendapati diri mereka berbelah bahagi antara menggunakan assassin emblem atau jungle emblem untuk mengoptimumkan gameplay mereka… lantas mengehadkan fleksibiliti pemain.”
Oleh itu, MOONTON melaksanakan perubahan yang membolehkan pemain memilih playstyle yang diingini untuk setiap hero, tanpa mengehadkan mereka kepada satu emblem.
Bagaimana Sistem Emblem baru berfungsi?
Asalnya, terdapat 9 set emblem unik untuk digunakan dalam Mobile Legends, di mana setiap satu sepadan dengan peranan setiap hero dalam game. Secara am, emblem akan memberikan peningkatan kepada stats tertentu dan turut memberi beberapa abiliti (Talent) khas, di samping memberi kelebihan di dalam gameplay untuk peranan masing-masing.
Selepas sistem Emblem dirombak semula, jumlah keseluruhan emblem dikurangkan kepada 7, di mana MOONTON membuang emblem Jungle, Magical dan Physical untuk memudahkan proses. Ini menjadikannya lebih mudah untuk mencari pilihan Emblem yang betul untuk hero kegemaran anda.
- Basic Common Emblem (Putih)
- Custom Tank Emblem (Oren/Coklat)
- Custom Assassin Emblem (Ungu)
- Custom Mage Emblem (Biru)
- Custom Fighter Emblem (Merah)
- Custom Support Emblem (Hijau)
- Custom Marksman Emblem (Kuning)
Sebagai contoh; jika pemain menggunakan Custom Tank Emblem, mereka kini boleh memasukkan beberapa abiliti atau “Talent” yang sebelum ini berada dalam Custom Support atau Fighter Emblem.
Sistem emblem turut dibahagikan kepada tiga peringkat berlainan:
Standard Talents (Tier 1)
Standard Talents (Tier 2)
Core Talents (Tier 3)
Satu lagi perkara yang melecehkan tentang sistem Emblem lama adalah kita perlu membelanjakan Battle Points (BP) untuk membeli atribut. Ini lagi menyedihkan untuk pemain baru yang memerlukan BP untuk kegunaan lain. Kini dalam sistem baru, pemain tidak perlu menggunakan BP untuk menguatkan Emblem. Kini, pemain bebas memilih Talent dan Emblem unik untuk mencari kombinasi “sempurna” bagi playstyle mereka.
Mungkin ada orang yang tidak faham dan masih memerlukan bantuan dengan Emblem? Jangan risau kerana korang dapat “menyalin” build daripada pemain profesional.
Layla’s Workshop
Workshop ini adalah cara Moonton untuk mendapatkan maklumat penting mengenai sesuatu ciri tertentu dan membolehkan pemain berkongsi maklum balas mereka tentang pelbagai aspek gameplay. Contohnya, pemain boleh berkongsi maklum balas mereka tentang sistem Emblem baharu dan di penghujung setiap kitaran semakan, cadangan terbaik akan dipilih untuk ditambah baik atau berubah.
Ini membolehkan semua pemain untuk melihat beberapa idea mereka dibawa ke dalam game, dan merupakan kerjasama kolaboratif antara kita dan pemaju.
Mobile Legends: Bang Bang boleh dimainkan di platform Android dan iOS dan jika ada yang berminat, kami juga menyenaraikan Hero paling Top Ban dalam Ranked yang korang boleh baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post