Game MOBA popular, Mobile Legends, bakal menamatkan Musim 28 dalam masa beberapa hari lagi dan saya yakin ramai yang sedang sibuk “push Rank“. Memandangkan pelbagai jenis hero boleh digunakan, biasanya hero meta menjadi pilihan utama kerana dianggap lebih kuat. Malangnya, hero meta juga kerap kena ban. Di sini, saya kumpulkan data rasmi daripada laman rasmi untuk menjelaskan Hero meta paling kerap kena Ban dalam Mobile Legends musim 28.
Jika ada peluang, sila pakai hero di bawah. Jika tidak, seeloknya korang ban.
Arlott (Fighter/Assassin)
Kadar Ban: Mythic+ 76.94%/ Mythical Glory 90.91%

Tidak perlu dipertikaikan, Arlott adalah hero paling pertama untuk kena Ban dalam setiap perlawanan Rank sekarang termasuk di MPL dan MSC.
Jadi kenapa dia menjadi tumpuan sekarang? Pertama, Arlott sukar untuk dihentikan; dalam situasi team fight atau 1v1, Arlott dengan mudah boleh mendominasi pihak lawan guna burst damage dan skil jenis charge. Sangat kuat pada early game hingga ke late game, dia mempunyai abiliti Crowd Control (CC) dan dapat membunuh musuh dengan pantas menggunakan skill 2 – Vengeance.
Selain itu, Arlott mampu mengisi semula HP dengan skill 2 (tidak termasuk item lifesteal) yang menjadikannya sukar untuk dibunuh dalam pertarungan. Dengan mudah, Arlott boleh duduk di barisan hadapan dan menembus pertahanan musuh.
Joy (Assassin)
Kadar Ban: Mythic+ 31.57%/ Mythical Glory 83.18%

Joy mempunyai skill set yang sakit dan dash skill bagus, yang membuatkannya sesuai untuk menjadi Assassin. Jika bukan Assassin pun, Joy adalah hero yang sangat fleksibel dan boleh pergi ke EXP lane kerana skill CC dan keupayaan shield.
Apa yang membuatkannya sering kena ban ialah Joy merupakan hero yang lincah dan sukar dikenakan serangan CC. Jika anda terkena stun musuh, jangan panik kerana Joy dapat menggunakan Ultimate untuk membuang semua kesan CC lalu melarikan diri. Secara am, sebenarnya tiada counter spesifik untuk Joy, sebaliknya anda perlu mahir bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menangkapnya.
Sebagai melee Assassin, keupayaan burst damage-nya sangat kuat, sehingga Joy boleh membunuh pihak lawan dengan cepat. Kerana itu, pemain yang memakai Joy biasanya akan menyasarkan ahli penting seperti Mage atau Marksman.
Novaria (Mage)

Kadar Ban: Mythic+ 61.04%/ Mythical Glory 76.28%
Merupakan tradisi dalam Mobile Legends, setiap hero terbaru pasti wajib ban. Apa yang membuatkan Novaria sangat berbahaya adalah dia memiliki serangan buff dan skil AoE (area-of-effect). Apabila kedua-duanya digabungkan dengan skil set yang boleh melancarkan serangan jarak jauh, Novaria boleh digunakan sebagai sniper one-shot di medan perang. Ternyata, magic damage-nya sangat tinggi dan jarak kawasan yang boleh dilihat olehnya sangat luas.
Pada masa yang sama, Novaria dapat mendedahkan tempat sembunyi pihak lawan. Menggunakan Astral Echo (Ultimate), dia boleh memperlahankan dan menunjukkan posisi musuh. Oleh, pasukan dapat mengelakkan diri daripada diserang hendap atau situasi berbahaya. Pada masa yang sama, situasi ini boleh diterbalikkan di mana kita menyerang hendap balas.
Walaupun tidak mempunyai skill untuk melarikan diri, Novaria boleh menggunakan Astral Recall (skill 2) untuk menembus dinding, lantas menjadikannya sangat susah untuk ditangkap.
Faramis (Support/Mage)

Kadar Ban: Mythic+ 54.23%/ Mythical Glory 72.66%
Selepas menerima revamp, Faramis kini adalah top-pick di meta Mobile Legends. Sebagai Support yang dapat melakukan damage tinggi, daya ketahanannya juga semakin tinggi berkat Ultimate baru.
Secara umum, Faramis boleh menjadi initiator atau perangkap bagus dengan menggunakan Shadow Stampede; yang menarik musuh ke arahnya. Selain itu, dia dapat melakukan damage yang tinggi dengan Ghost Bursters (skill 2), serta menyelamatkan rakan sepasukan dengan Cult Altar (Ultimate).
Bagi saya, Ultimate Faramis adalah asetnya paling berguna lagi-lagi semasa team fight. Apabila aktif, Ultimate-nya boleh memberikan 1 lapisan HP tambahan kepada semua orang yang berada dalam radius ultimate diikuti oleh tempoh kebal. Ini berguna dalam keadaan genting seperti menyelamatkan rakan yang nyawa-nyawa ikan atau untuk menghasilkan skill pihak lawan semasa team fight.
Satu lagi kelebihan Faramis ialah pasifnya yang membuatkannya dapat respawn dengan cepat jika mati jika mengumpulkan stack yang banyak. Pasif ini boleh mengurangkan waktu respawn mati sebanyak 3% hingga maksimum 90%.
Minsitthar (Fighter)

Kadar Ban: Mythic+ 48.23%/ Mythical Glory 62.6%
Minsitthar ialah hero fighter yang mempunyai kemahiran CC kuat. Dia boleh menjadi initiator dalam team fight dengan menggunakan Spear of Glory (skill 1). Tidak seperti Franco yang hanya boleh menarik seorang lawan, Minsitthar boleh menarik sehingga lima lawan sekaligus jika mereka berada dalam laluan tarikannya.
Minsitthar juga merupakan counter untuk melawan hero yang lincah (atau banyak skill dash) dengan menggunakan King’s Calling (Ultimate). Apabila menggunakan skill ini, pihak lawan yang berada dalam kawasan King’s Calling, tidak boleh berlari dan tidak dapat menggunakan Flicker. Keupayaan Minsitthar dalam crowd control memang tidak boleh dipertikaikan.
Pasifnya juga sangat bagus yang memberikan gold tambahan daripada kill. Dia juga sangat tahan lasak lalu menjadikannya sesuai untuk memulakan team fight dengan Ultimate.
Gloo (Tank)

Kadar Ban: Mythic+ 13.58%/ Mythical Glory 49.31%
Ramai yang tidak suka Gloo kerana keupayaannya untuk mengganggu pihak lawan dan mengawal tempo medan perang.
Selain tank yang kebal, Gloo juga sangat kuat sebagai EXP Laner berkat damage-nya yang tinggi, dan skill set yang berguna untuk membersihkan minion wave dengan cepat. Pada masa yang sama, dia mempunyai keupayaan untuk memulih nyawa dan bertahan lama dalam pertempuran.
Apa yang membuatkannya dibenci di Rank ialah kebolehan ultimate Split, Split di mana Gloo dapat memecahkan dirinya kepada beberapa bahagian lalu paut pada musuh. Kemahiran ini membolehkan Gloo “memasuki” badan musuh dan menyerang pihak lawan secara berterusan
Ia sangat berguna untuk menangkap hero penting seperti Marksman dan Mage agar dapat memberi kelebihan kepada rakan sepasukan. Oleh itu, Gloo juga sangat fleksibel dan boleh dimainkan di EXP lane atau roaming tank. Ada juga yang bereksperimen dengan membina item magic damage untuknya.
Melissa (Marksman)

Kadar Ban: Mythic+ 56.77%/ Mythical Glory 26.37%
Melissa telah menerima banyak nerf, tetapi masih menjadi hero yang OP dan menjengkelkan. Dengan skill set yang cukup lengkap, dia mampu menguruskan banyak situasi termasuk membunuh kebanyakan hero Marksman lain secara 1v1.
Set skill uniknya merupakan campuran antara gameplay “poking” jarak jauh dan defensif, lantas menjadikannya MM yang handal menentang kebanyakan musuh. Anda boleh melakukan damage kepada musuh di luar jarak serangan anda dengan memukul Muddles (skill 2) dan jarakkan diri jika mereka datang dekat.
Oleh itu, dia dapat memenangi lane dengan mudah. Dengan menguasai early game, ini bermakna Melissa boleh mendapatkan item penting dengan cepat untuk menambah lagi damage semasa team fight atau push turret.
Ultimate-nya juga berguna dalam team fight. Melissa mengarahkan Cuddles untuk melepaskan Field of Protection (sejenis penghadang). Apabila diaktifkan, penghadang itu akan menolak musuh yang datang menghampiri sambil melakukan magic damage.
Martis (Fighter)

Kadar Ban: Mythic+ 33.56%/ Mythical Glory 10.47%
Hero Fighter ini kurang menakutkan sejak kebelakangan ini tetapi anda masih perlu menghormati Martis yang mampu melakukan begitu banyak damage kepada pihak lawan dalam sekelip mata.
Damage output-nya hampir sama dengan Assassin, terutamanya apabila dia guna Decimation (Ultimate), yang memberikan true damage kepada musuh dengan HP kurang daripada 50%. Ia juga akan reset selepas setiap kill. Jadi hati-hati kerana Martis antara hero paling mudah untuk dapat savage jika nyawa pasukan lawan semua rendah-rendah belaka.
Hampir semua skill yang dimiliki oleh Martis mengandungi CC yang sangat berguna untuk team fight. Skill 1 ada CC dalam bentuk slow, manakala skill 2 ada kesan CC dalam bentuk knock-up. Pada masa yang sama, dia immune semasa melakukan skill 2 yang membuatkan Martis kebal dari CC pihak lawan.
Jika tidak ban Martis, sila manfaatkan hero ini.
Estes (Support)

Kadar Ban: Mythic+ 51.11%/ Mythical Glory 7.94%
Sejak update baru, Estes sering kena ban dan kembali masuk dalam meta Mobile Legends. Ini kerana dia dipopularkan oleh pasukan esports Blacklist International mainan “OhMyV33nus“, yang membantu pasukan itu menakluki Kejohanan Dunia M3 dan MPL Filipina tiga kali dengan memakai Estes.
Estes digemari oleh perayau kerana memiliki kuasa penyembuhannya yang tiada tandingan. Moonlight Immersion (skill 1) menjadi lebih kuat selepas Blessing of Moon Goddess (Ultimate) diaktifkan dan memberikan healing yang luar biasa kepada rakan sepasukan dan dirinya sendiri.
Di samping itu, dia dapat melakukan magic damage yang tinggi dan boleh mengenakan slow kepada musuh melalui pasif Scripture of the Moon Elf (skill 2) dan Ultimate.
Dalam meta Mobile Legends sekarang, penambahan item Tank dan emblem Support (serta item support Favor) menjadikan Estes sangat sukar untuk ditewaskan. Berkat semua perubahan pada item dan Emblem, keupayaan Estes semakin menyerlah hingga mampu menjadikannya kebal kerana dapat mengisi nyawa tanpa henti. Kerana itu ramai menganggapnya sebagai OP.
Atlas (Tank/Support)

Kadar Ban: Mythic+ 29.16%/ Mythical Glory 7.64%
Walaupun jarang kena ban sekarang, Atlas juga adalah salah satu hero Tank yang paling menjengkelkan dalam game kerana keupayaannya untuk melakukan damage tinggi kepada pihak lawan sambil mempertahankan rakan sepasukan dengan cukup berkesan.
Dia memiliki kebolehan CC yang luar biasa; bersama skill pasifnya iaitu Frigid Breath, Atlas dapat memberikan kesan slow lalu mengurangkan kelajuan pergerakan lawan. Dia juga boleh menjadi initiator di medan perang dengan menggunakan Perfect Match (skill 2).
Tetapi paling menjengkelkan sekali adalah Ultimate-nya yang membolehkan Atlas “mengumpul” semua musuh dalam jarak berdekatan dan “smackdown” mereka ke arah rakan sepasukannya. Dengan menggunakan skill Ultimate ini, Atlas mampu menghancurkan formasi pasukan lawan dengan mudah.
Jika jatuh di tangan pemain yang pandai, setiap team fight akan korang menang.
Maka, tamatlah artikel saya tentang Hero meta paling kerap kena Ban dalam Mobile Legends musim 28 menurut MobileLegends.com. Jika berminat, anda boleh baca segala berita kami tentang Mobile Legends di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post