Baru semalam kami mengongsikan pelantar live stream dari Microsoft iaitu MIXER akan ditutup kerana akan bekerjasama bersama Facebook Gaming dan lebih terkejut perkhidmatan ini akan tamat pada 22 Julai ini… Jadi sebagai satu keputusan yang mengejutkan, Microsoft sudah semestinya akan membawa semua penggunanya termasuk “partner” dan streamers yang lain ke Facebook Gaming.
Walau bagaimanapun, terdapat dua streamer terkenal yang sebelum ini beralih arah dari Twitch ke Mixer dan pekara ini membuka mata mereka serta mungkin tidak akan berhijrah ke Facebook! Menurut laporan dari perunding esport Rod Breslau, Tyler “Ninja” Blevins dan Michael “Shroud” Grzesiek telah ditawarkan kontrak yang signifikan oleh Facebook, tetapi telah menerima pembelian dari Microsoft. Ini akan memberi kebebasan kepada dua streamers tersebut untuk menandatangani dengan platform mana pun yang mereka pilih, jadi kemungkinan besar kedua-duanya akan kembali ke Twitch.

Tetapi kedua-dua streamer terkenal ini masih belum membuat sebarang keputusan muktamad sama ada akan beralih ke Facebook Gaming ataupun Twitch lebih senang rancangan masa depan mereka terutama pada kesemua peminat dan pengikut mereka di Mixer.

Ninja menandatangani kontrak dengan Mixer pada bulan Ogos 2019, dalam satu langkah yang mengejutkan dunia esports. Shroud turut mengikuti beberapa bulan kemudian, pada bulan Oktober. Pada masa itu, kedua-dua pemain itu kelihatan seperti kemenangan besar bagi perkhidmatan Microsoft. Kini, Ninja dan Shroud, kedua-duanya streamer bebas.
Berikut adalah pekongsian mereka di Twitter;
I love my community and what we built together on Mixer. I have some decisions to make and will be thinking about you all as I make them.
— Ninja (@Ninja) June 22, 2020
I appreciate the Mixer community and everything I’ve been able to do on the platform. I love you guys and am figuring out my next steps. 💙
— Michael Grzesiek (@shroud) June 22, 2020
Tidak kira di mana kedua-duanya berakhir, nampaknya ia dapat memberi inspirasi kepada keuntunggan kewangan. Menurut Breslau, Ninja menghasilkan sekitar $30 juta di Mixer, sementara Shroud menghasilkan sekitar $10 juta. Memandangkan populariti kedua-duanya, nampaknya mereka dapat mengekalkan kehebatan mereka lebih banyak lagi walau kemana pun mereka beralih.
Sources: Facebook offered an insane offer at almost double for the original Mixer contracts of Ninja and Shroud but Loaded/Ninja/Shroud said no and forced Mixer to buy them out. Ninja made ~$30M from Mixer, and Shroud made ~$10M
Ninja and Shroud are now free agents
— Rod Breslau (@Slasher) June 22, 2020
Tapi buat masa ini, kita nantikan sahaja apa keputusan rasmi Ninja dan Shroud selepas ini, tetapi jikalah mereka beralih ke Facebook Gaming, rasanya tiada sebarang perbezaan pun untuk tontonan mereka kerana keduanya mempunyai peminat di serata dunia! Apa pendapat anda mengenai ini? Adakah Ninja dan Shroud akan beralih arah ke Facebook Gaming ataupun kembali semula ke Twitch? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen sosial media kami!
Sumber: Independent
@gamersantaimy
Discussion about this post