Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOBA pertama dalam francais Pokemon! Pokemon UNITE khas untuk mobile & Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2020 - Updated on December 29, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch
0 0
0
MOBA pertama dalam francais Pokemon! Pokemon UNITE khas untuk mobile & Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali dalam sejarah francais Pokemon, akhirnya mereka menghasilkan sebuah MOBA bertemakan rmakhluk-makhluk comel ini. Diumumkan dalam siaran langsung Pokemon Presents hari ini, presiden the Pokemon Company, Tsunekazu Ishihara, telah mengumumkan Pokémon UNITE, sebuah permainan video pertempuran pasukan strategik yang dibangunkan oleh The Pokémon Company dan ‘TiMi Studios milik Tencent Games. Pokémon UNITE dirancang sebagai permainan video cross-platform untuk Nintendo Switch dan peranti mobile serta akan dikeluarkan secara percuma.

Dalam permainan ini, pemain saling berhadapan dalam pertempuran pasukan 5v5. Semasa pertempuran, pemain akan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menangkap Pokémon liar, naik level, evolusikan Pokémon mereka sendiri, dan mengalahkan Pokémon lawan sambil berusaha  untuk memperoleh lebih banyak mata daripada pasukan lawan dalam tempoh waktu yang ditentukan.

Antara maklumat tentang mekanik permainan:

  • Anda mendapat XP selepas mengalahkan Pokémon liar.
  • Pokemon anda akan meningkat level, berevolusi dan belajar skill baru dalam satu permainan.
  • Anda memilih skill mana yang akan dipelajari oleh Pokémon tersebut.
  • Anda memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih banyak mata daripada pasukan lawan.
  • Mata diperolehi dengan menangkap Pokémon liar dan membawa mereka ke titik penangkapan.
  • Beberapa skill bersifat AOE, menegak, penyembuhan, dan lain-lain. Sama seperti MOBA tipikal.
  • Skill paling kuat ialah “Unite Skills” dan ia adalah jurus terhebat setiap Pokemon.
  • Pokémon juga boleh serang secara automatik.

Senarai Pokemon yang boleh dimainkan:

  • Charmander/Charmeleon/Charizard
  • Squirtle/Wartortle/Blastoise
  • Bulbasaur/Ivysaur/Venusaur
  • Machop/Machoke/Machamp 
  • Snorlax
  • Clefable
  • Gengar
  • Lucario
  • Talonflame
  • Pikachu

Pokémon UNITE memperkenalkan jenis pertempuran baru kepada francais Pokémon – jenis pertempuran yang memerlukan kerja berpasukan dan strategi. Walaupun nampak mudah, ia penuh dengan butiran yang menunggu untuk pemain bongkar. Pastikan anda melihat video di bawah untuk gameplay pertama Pokémon UNITE.

 

1 of 5
- +

https://www.youtube.com/watch?v=dgWeEGBbJDQ

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Tags: MOBAMobilenintendo switchpokemonPokémon UNITE
Previous Post

Mixer ditutup? Adakah Ninja dan Shroud akan beralih semula ke Twitch atau ke Facebook Gaming?!

Next Post

M.O.D.O.K. makin mengamuk! Temu ramah eksklusif  “War Table” bersama Scot Amos, Shaun Escayg, Vince Napoli dan Phil Therien!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
M.O.D.O.K. makin mengamuk! Temu ramah eksklusif  “War Table” bersama Scot Amos, Shaun Escayg, Vince Napoli dan Phil Therien!

M.O.D.O.K. makin mengamuk! Temu ramah eksklusif  "War Table" bersama Scot Amos, Shaun Escayg, Vince Napoli dan Phil Therien!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd