MiHoYo mengumumkan ia akan membuka sebuah studio di Montreal, Kanada, dengan matlamat untuk membangunkan game baru di LinkedIn. Ia sudah mula membuka senarai pekerjaan kosong untuk lokasi baru di laman rasminya. Orang yang akan bekerja di tempat baru itu akan membangunkan game baru, bukannya permainan sedia ada seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3rd dan Tears of Themis.

Pengumuman tambahan menawarkan beberapa butiran tambahan. Lebih daripada 100 orang akan ditawarkan kerja antara sekarang sehingga 2023, menurut Montreal International. Walaupun tapak rasmi studio itu tidak didedahkan, ianya akan berpusat di bandar Montreal.
“Sebagai hub untuk penyelidikan dan pembangunan, pasukan Kanada akan bekerjasama rapat dengan pasukan pembangunan global dan menumpukan pada penghasilan gameAAA open-world action-adventure baru yang menampilkan game berasaskan shooter dalam dunia paranormal.”

Penganalisis Industri Daniel Ahmad telah mengesahkan bahawa projek itu merupakan Project X. Sememangnya ramai peminat yang ternanti-nanti untuk bermain game itu. Berikut adalah senarai posisi kerja untuk studio baru itu:
- 3D Environment Artist
- Audio Programmer
- Build Tool Programmer (NA)
- Gameplay Network Programmer
- Level Artist
- Senior Audio Designer Combat (Kanada)
- Senior Level Designer
- Senior Technical Artist (Destruction system)
- Technical Designer

MiHoYo mempunyai tiga game aktif pada masa ini. Salah satunya Honkai Impact 3rd untuk PC dan mobile, Genshin Impact untuk PS4, PS5, PC dan mobile dan Tears of Themis yang tersedia untuk mobile. game baru dari miHoYo, Honkai: Star Rail juga telah diumumkan. game tersebut merupakan sekuel spin-off untuk Honkai Impact 3rd. Bukan setakat itu sahaja, HOYO FEST juga kini berlangsung di Malaysia. Anda boleh baca pengalaman kami di HOYO FEST untuk Honkai Impact! Kami juga akan kembali untuk tema Genshin Impact pula selepas ini!
Untuk liputan lain mengenai miHoYo, sila klik pada pautan ini.
Sumber: Siliconera, Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post