Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2021
in Artikel, Berita, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!
Share on FacebookShare on Twitter

miHoYo buat masa ini dalam dilema kerana isu Genshin Impact, tetapi nampaknya masih kekal sibuk. Mereka sebentar tadi baru sahaja mengumumkan game baru berjudul Honkai: Star Rail yang sedang dikembangkan untuk beberapa platform tertentu. Maklumat lanjut seperti gameplay dan bila ia akan dilancarkan pun tidak diberitahu, tetapi akaun Twitter rasmi mendedahkan bahawa acara pendaftaran beta tertutup pertama akan bermula pada 8 Oktober. Berikut adalah tweet-nya:

May This Journey Lead Us Starward

First closed beta sign-up event will start on October 8. Stay tuned, Trailblazers!#HonkaiStarRail pic.twitter.com/LCzpEQFll4

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) October 5, 2021

Sebenarnya, game in tanpa sengaja telah dibocorkan pada beberapa bulan lepas. Nama Honkai: Star Rail telah menerima cap dagangan pada 23 Ogos 2021 tetapi dipublikasikan pada 21 September oleh bot di Chizai Watch. Pada 22 September 2021, halaman permainan juga dibocorkan secara tidak sengaja, sebelum posting tersebut dibuang. Walaupun halaman itu tersedia di App Store untuk jangka masa yang pendek, ramai yang dapat mengakses fail permainan. Selain itu, sebuah akaun bernama Honkai: Star Rail juga boleh didapati di BiliBili, yang menjadi bukti game itu sedang dalam pembikinan.

Honkai Star Rail is officially teased, it is now confirmed to be the spin off sequel to Honkai Impact 3rd's APHO.#HonkaiStarRail #HonkaiImpact3rd pic.twitter.com/rE9wO3YPIq

— Zang 🍓 Berries = 座んGうベrRィい図 (@ZangBerries) October 5, 2021

Penggali data segera mengeluarkan screenshot dan rakaman dari game ini, yang menunjukkan bahawa, tidak seperti Honkai Impact 3rd dan Genshin Impact, Honkai: Star Rail akan memiliki sistem pertempuran “turn-based”. Tetapi, persekitaran adalah “open-world”. Beberapa watak juga dibocorkan, dan antaranya adalah watak-watak terkenal dari Honkai Impact 3rd.

Memandangkan pendaftaran untuk ujian beta tertutup Star Rail akan berlangsung tidak lama lagi, kita mungkin akan ada lebih banyak maklumat pada hari esok atau hari-hari akan datang. Sementara itu, peminat yang tidak sabar hanya boleh menunggu.

Untuk segala liputan kami tentang permainan popular miHoYo termasuk Genshin Impact, sila tekan pautan ini.

Tags: BETAHonkai: Star RailmiHoYo
Previous Post

Tokyo Revengers: Makna sebenar di sebalik simbol Manji, bukan unsur Nazi!

Next Post

Super Smash Bros. Ultimate memperkenalkan Sora sebagai watak DLC terakhir!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Super Smash Bros. Ultimate memperkenalkan Sora sebagai watak DLC terakhir!

Super Smash Bros. Ultimate memperkenalkan Sora sebagai watak DLC terakhir!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd