Industri game mobile kini semakin berkembang di seluruh dunia terutamanya Asia Tenggara. Dilihat mempunyai prospek yang besar, semakin banyak game juga dihasilkan untuk pelantar tersebut. Sempena itu, kami mendapat peluang untuk menemu bual tiga syarikat gaming terkenal iaitu miHoYo, 2k dan Mighty Bear untuk berbincang tentang prestasi game mereka di sistem Apple iOS, terutamanya pada peranti iPhone 13 Pro dan iPad Pro serta ciri apa yang mereka suka di peranti tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah isi kandungannya!
Menikmati prestasi terbaik Genshin Impact pada iPhone

Yu Ling, selaku ketua Marketing dan Business di miHoYo mendedahkan bagaimana dia dan pasukan menikmati ekosistem yang ditawarkan oleh Apple iOS untuk Genshin Impact.
Setakat ini, pemain kami suka bermain Genshin Impact pada iPhone atau iPad”.
Sehingga kini, kualiti grafik terbaik untuk Genshin Impact hanya boleh dicapai melalui konsol atau PC. Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa produk Apple seperti iPhone dan iPad mempunyai cip khas untuk menjalankan Genshin Impact dengan sangat lancar dengan kualiti visual maksimum seperti kedua-dua platform ini.

Pada iPhone 13 Pro dan juga iPad Pro, ciri ProMotion menjadikan sesebuah game lebih lancar dengan sokongan 120Hz. Ciri ini benar-benar menjadikan Genshin Impact lebih hebat selepas kami mengeluarkannya.
kata Yu Ling.
Selain prestasi, beliau juga berkata bahawa ekosistem Apple untuk mempromosikan Genshin Impact sangat bagus untuk acara terkini dan membantu memaklumkan pemain dengan lebih luas. Pada masa yang sama, terdapat juga lagu-lagu soundtrack dengan sokongan Dolby Atmos yang hanya tersedia di Apple Music.
Bersaing dalam game sukan di Apple Arcade

Mike Escudero, selaku Partnership Director 2K yang bekerja pada game NBA 2K Arcade Edition juga mendedahkan betapa kagumnya beliau dengan produk Apple.
“Apabila kami mengetahui bahawa iPhone dan iPad Pro baru menyokong refresh rate yang lebih pantas melalui teknologi Apple Pro Motion, kami melihat peluang untuk pemain menikmati pengalaman gaming yang lebih baik.”
kata Mike Escudero.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa NBA 2K Arcade Edition amat berbeza daripada NBA 2K Mobile.
Arcade adalah jenis sistem berbeza yang berasaskan langganan. Jadi, saya fikir itu salah satu perubahan terbesar yang kami buat. Anda membayar untuk langganan dan kemudian boleh bermain game itu seberapa banyak yang anda mahu.
Dengan cara itu, ia sangat berbeza daripada NBA 2K Mobile yang merupakan game mobile tradisional. Saya rasa itu salah satu pertimbangan terbesar.
Kumpul watak kegemaran dalam Disney Melee Mania

Abel Tan dari Mighty Bear Games juga bercakap tentang projek terbarunya, Disney Melee Mania dan mengapa dia memilih untuk mengeluarkan game tersebut di Apple Arcade serta cara-acara pemain boleh unlock pelbagai watak Disney.
Bukan seperti MOBA secara umum, kami tidak mempunyai sistem monetization. Pemain boleh mengumpul fragment watak. Jadi, hanya dengan bermain, pemain boleh unlock watak baru. Dengan fragment ini juga, mereka boleh meningkatkan level watak.
Beliau juga bercakap tentang aspek memilih watak untuk Melee Mania dan bagaimana mereka mahu memasukkan watak Disney dan Pixar yang kurang dikenali.

“Pasti ada beberapa watak yang kami cuba masukkan. CEO kami sangat suka Bing Bong, salah satu watak kegemarannya yang pada pendapatnya tidak sesuai untuk dijadikan merchandise. Kami merasakan watak itu pasti menjadi hebat jika disertakan sekali. Selain itu, terdapat juga Timon yang disukai oleh seluruh pasukan kami. Setiap orang di sini mempunyai watak kegemaran sendiri. Jadi anda masih mempunyai banyak watak yang boleh dicuba.”
Jadi, itulah antara temu bual kami dengan pembangun besar seperti miHoYo, 2k, dan Mighty Bear yang menyatakan tanggapan positif mereka selepas mengeluarkan pelbagai produk dalam ekosistem Apple iOS. Jika anda berminat untuk mengetahui segala liputan kami tentang Apple Arcade, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post