Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Spider-Man untuk Marvel’s Avengers tidak hadir dengan “Story mission”

Maira by Maira
November 23, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Genre, PS4, PS5
0 0
0
DLC Spider-Man untuk Marvel’s Avengers tidak hadir dengan “Story mission”
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan, Marvel’s Avengers telah memberikan tiga pengembangan watak percuma iaitu Hawkeye, Kate Bishop dan Black Panther. Kebanyakannya telah disambut dengan sambutan hangat daripada peminat kecuali untuk kemas kini Black Panther: War for Wakanda kerana itu adalah yang paling digemari oleh pemain. Mengikuti Avengers yang lain, Spider-Man hadir ke Marvel’s Avenger pada 30 November ini secara eksklusif di PS4 dan PS5. Tetapi satu sahaja benda yang kurang pada DLC ini. Spider-Man di Marvel’s Avengers tidak mempunyai “Story Mission.”

WalaupunSpider-Man mempunyai persamaan dengan watak yang ditambah pada senarai, DLC Spider-Man tidak dilabel sebagai “Operation” tetapi dilabel sebagai “Hero Event.” Selain daripada cutscene pendek yang memperkenalkan Spider-Man kepada Avengers, “cerita” DLC itu hanya diberitahu melalui fail audio dari emel dan mesej teks yang dibaca dengan kuat. Pengarah Gameplay Avengers, Philippe Therien mengulas bahawa ianya dibuat begitu kerana tidak mahu pemain Marvel’s Avengers lain yang bukan pemain PlayStation rasa ketinggalan untuk jalan cerita penting. Pasukan di Crystal Dynamics juga telah meletakkan fokus utama pada Klaw raid yang akan keluar pada hari yang sama kepada semua pemain.

Untuk sesiapa yang ingin tahu bagaimana control Spider-Man, dia berayun dari siling kaca dengan web yang tidak melekat pada apa-apa. Ia sudah semestinya sukar untuk dilaksanakan secara berbeza dan ia mungkin mengecewakan sesetengah permainan. Cara bermain Spider-Man hampir sama dengan dengan Black Panther yang lebih lincah dan menempatkan 3 kebolehan hero. Web-bomb ialah kebolehan damage AoE, Spider-Drone pula merupakan AI yang menembak web kepada musuh. Ia boleh diarahkan untuk mengikut pemain atau bergerak bebas di medan perang. Kebolehan terakhir pula sudah semestinya kebolehan Ultimate Spider-Man iaitu Wrecking Ball, yang merupakan bola gergasi web yang memberikan damage yang tinggi.

Spider-Man disuarakan oleh Sean Chiplock. Pengembangan ini juga datang dengan 40 pakaian yang pelbagai dari setiap skema warna kegemaran untuk sut Spider-Man. Peminat yang sudah lama menunggu untuk pengembangan baru ini pasti tidak sabar untuk mencubanya dalam permainan apabila ia dilepaskan. Walaupun tidak mempunyai cerita khusus untuknya, Spider-Man masih mampu memberikan pengalaman bermain yang baru kepada pemain. DLC Spider-Man akan tersedia di Marvels’s Avengers secara ekslusif di PS4 dan PS5 pada November 2021.

RelatedPosts

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

Untuk segala liputan mengenai Marvel’s Avengers, sila klik pada pautan ini.

Sumber: gamerant, IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel's AvengersSpider-Man
Previous Post

miHoYo, 2K & Mighty Bear menjelaskan kehebatan game masing-masing pada peranti Apple iOS!

Next Post

Power Rangers akan memulakan universe baru di Netflix termasuk siri rancangan & movie baru

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!
Tempatan

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

September 30, 2023
Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!
Berita

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

September 29, 2023
Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]
Industri

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

September 29, 2023
Next Post
Power Rangers akan memulakan universe baru di Netflix termasuk siri rancangan & movie baru

Power Rangers akan memulakan universe baru di Netflix termasuk siri rancangan & movie baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In