Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!

Maira by Maira
May 10, 2022 - Updated on May 26, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game, Nintendo Switch, PC
0 0
0
MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengembangan terbaru Monster Hunter Rise: Sunbreak akan tiba tidak lama lagi. Dalam trailer baru yang ditayangkan semasa acara digital di Youtube, terdapat beberapa monster serta ciri-ciri baru yang diperkenalkan. Bukan setakat itu sahaja, beberapa ciri terdahulu juga mendapat penambahbaikan. Tanpa membuang masa, jom kita lihat perkara baru yang didedahkan untuk MH Rise: Sunbreak!

3 varian monster baru

Terdapat tiga varian monster baru yang akan anda jumpai di dalam Sunbreak. Antaranya ialah Seregios, monster flagship daripada Monster Hunter 4 Ultimate. Manakalu dua lagi monster merupakan sub-spesis daripada monster dalam Rise iaitu Aurora Somnacanth dan Magma Almudron.

Monster tersedia juga mendapat kemas kini pada pergerakan mereka malah versi master rank untuknya juga menanti pemain semasa pengembaraan dalam pengembangan baru ini.

Flagship monster Sunbreak – Malzeno

Malzeno merupakan Elder dragon yang direka dengan menggunakan motif vampire.Ia mempunyai sisik perak yang elegen dan boleh menyerap tenaga kehidupan lain. Naga ini lebih suka merayap pada waktu malam dan akan menyerang mangsanya dari belakang. Walaupun penampilan nampak elegen, naga ini sangat bahaya dan nampak lebih jahat selepas ia menghabiskan tenaga. Anda juga akan dapat mendengar soundtrack khas Malzeno – “Scarlet Feast”.

Follower

Dalam Sunbreak, ada beberapa quest yang membenarkan pemain untuk membawa “follower” iaitu watak cerita dalam Rise. Ianya tersedia untuk mod single-player sahaja. Setiap follower mempunyai kemahiran senjata tersendiri. Lebih jauh anda maju dalam game, makin banyak follower yang anda boleh buka termasuklah Hinoa, Minoto dan watak-watak lain daripada village asal.

Kebolehan baru

Pengembangan baru ini juga memperkenalkan “Switch Skill Swap” yang membenarkan anda untuk membawa dua loadout dan menukarnya semasa memburu. “Swap Evade” pula membolehkan pemain menukar posisi semasa menukar skill.

Selain itu, beberapa penambahbaikan kepada aksi pemain juga telah diberikan seperti Wall run tanpa menggunakan Wiredash dan pilihan untuk mount atau terus menyerang monster apabila ia dalam keadaan “mountable”.

Sebagai tambahan, Switch Pro Controller edisi Sunbreak juga diumumkan. Kepada anda yang berminat, bolehlah pra-tempahnya nanti. Pemain yang mempunyai save data daripada game Monster Hunter Stories 2 akan mendapat kostum Navirou untuk Palico anda.

Untuk mendapatkan maklumat lain mengenai MH Rise: Sunbreak daripada kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Tags: Monster Hunter Rise: Sunbreak
Previous Post

Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights

Next Post

Razer mengumumkan gaming mouse Viper V2 Pro, harga bernilai RM749

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Razer mengumumkan gaming mouse Viper V2 Pro, harga bernilai RM749

Razer mengumumkan gaming mouse Viper V2 Pro, harga bernilai RM749

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd