Gotham Knights mempunyai treler gameplay baru selama 15 minit yang memfokuskan pada Red Hood dan Nightwing. Kami melihat mereka merentasi bumbung Gotham, memerangi jenayah kecil, dan menyusup ke markas Court of Owls sambil memandu di bandar Gotham yang sarat dengan jenayah dalam Batcycle baru, serta terbang dari satu titik ke satu titik dengan Fast-Bat.
Treler bermula dengan Nightwing sedang merenung bandar sebelum dia menggunakan glider dan tongkatnya yang digunakan untuk melayang dan terbang ke atas, seperti versi Fast-Bat yang lebih kecil. Bagi mereka yang tidak tahu, Fast-Bat adalah sebahagian daripada sistem fast travel, dan merupakan kelawar mekanikal hitam gergasi yang membawa wira kami ke lokasi dari lokasi.
Selain itu, Red Hood bergerak sini sana menggunakan tenaga rohnya sendiri yang dipanggil Mystical Leap. Ia mencipta trampolin hijau berasaskan roh yang boleh digunakan untuk melompat ke langit, tetapi dia juga menggunakan ini dalam kombinasi dengan grapple untuk merentasi bumbung. Dia mempunyai keupayaan ini kerana, seperti dalam komik, dia telah dihidupkan semula.
Walau bagaimanapun, Red Hood tidaklah kejam seperti versi komiknya. Peluru di dalam pistolnya adalah berjenis “non-lethal”, tetapi dia masih mempunyai peluru yang boleh bertembus melalui perisai/besi dan bom yang boleh diikatkan kepada musuh. Semua senjata ini digunakan dalam skil Barrage di mana dia menembak kedua-dua pistol ke arah musuh untuk memberikan damage maksimum.
Kami juga dapat melihat dua abiliti Nightwing – Elemental Shock yang mengabaikan efek perisai dan memberikan damage manakala Cryostasis membekukan musuh supaya mereka tidak bergerak, lantas memberi anda lebih banyak ruang dan masa untuk bertarung. Tetapi tidak semua musuh begitu mudah untuk ditewaskan. Dalam treler, korang dapat lihat superhuman yang dicipta oleh Court of Owls. Musuh ini lebih sukar untuk ditewaskan dan boleh hidup semula untuk terus berlawan.
Kemudian kita belajar lebih lagi tentang cara pemilihan watak. Jika bermain solo, anda boleh memutuskan siapa yang anda mahu mainkan untuk setiap misi – dalam treler, Nightwing menyusup ke markas Court of Owl, tetapi selepas itu misi yang sama dimainkan tetapi pemain menggunakan Red Hood, yang bermakna watak boleh ditukar ganti.
Akhir sekali adalah Belfry (pangkalan operasi kami) sut kosmetik, carfa-cara untuk upgrade, beberapa animasi untuk hero-takedown, Batcycle, sistem co-op, tempat upgrade senjata, Bat Computer, UI yang boleh diubahsuai dan banyak lagi. Semuanya diakhiri dengan kosmetik Batcycle bernama 233 Kustom yang boleh diperoleh dengan membuat prapesanan sebelum pelancaran pada bulan Oktober.
Selain gameplay Nightwing dan Red Hood, Warner Bros Games juga mengumumkan bahawa Gotham Knights tidak lagi dirancang untuk dikeluarkan pada PlayStation 4 dan Xbox One, dan sebaliknya hanya tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store apabila ia dilancarkan pada 25 Oktober.
@gamersantaimy
Discussion about this post