Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio Menjelaskan Naratif, Latar Belakang & Watak Dalam ‘ATLUS Exclusive’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio Menjelaskan Naratif, Latar Belakang & Watak Dalam ‘ATLUS Exclusive’
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lalu, ATLUS dan Studio Zero telah mengadakan video pameran “ATLUS Exclusive” ketiga untuk Metaphor: ReFantazio, yang memperkenalkan naratif, latar belakang dan watak-watak dalam game.

Dijelaskan oleh Katsura Hashino, pengarah kepada Metaphor: ReFantazio; serta Shin Megami Tensei III, Persona 3, Persona 4, dan Persona 5 – berikut adalah ringkasan info yang didedahkan.

Premis Jalan Cerita

Kredit: ATLUS

Premis naratif dan latar belakang Metaphor: ReFantazio berlangsung di United Kingdom of Euchronia, yang terletak dalam alam fantasi zaman pertengahan yang bertindak sebagai “cermin” kepada dunia sebenar moden.

Pembunuhan Raja mencetuskan huru-hara dan kekacauan di seluruh kerajaan, sambil membangkitkan sihir unik yang hanya diketahui oleh Raja, dikenali sebagai Royal Magic. Peristiwa ini akhirnya membentuk kejohanan yang akan diadakan di seluruh dunia untuk menentukan pengganti Raja.

Kredit: ATLUS

Protagonis utama ialah seorang budak daripada puak Elda yang sering dipulaukan oleh masyarakat kerana “dicemari” dengan magic terlarang. Dia memulakan usaha untuk menghapuskan sumpahan yang dikenakan ke atas sahabat zaman kanak-kanaknya, iaitu putera Euchronia yang baru sahaja menyaksikan pembunuhan bapanya.

Sepanjang perjalanan, dia akan ditemani oleh seorang teman dongeng bernama Gallica, yang pengetahuan dan kebolehan untuk merasakan sihir membantunya dalam pengembaraan, lalu bertemu dengan pelbagai individu lain yang boleh menjadi rakan atau musuh.

Watak-Watak Yang Akan Teman Pemain

More

Kredit: ATLUS

Grius

Kredit: ATLUS

Strohl

Kredit: ATLUS

Hulkenberg

Kredit: ATLUS

Heismay

Kredit: ATLUS

Neuras

Kredit: ATLUS

Junah

Kredit: ATLUS

Bagi mereka yang berminat, Metaphor: ReFantazio akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 11 Oktober. Pre-order turut tersedia sekarang.

Tags: Metaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Bersuasana Malaysia, ‘Paper Ghost Stories: Third Eye Open’ Akan Datang September 2024!

Next Post

Reviu Monster Hunter Stories Remastered – Kawan Monster, Jangan Bunuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu Monster Hunter Stories Remastered – Kawan Monster, Jangan Bunuh!

Reviu Monster Hunter Stories Remastered - Kawan Monster, Jangan Bunuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd