Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Monster Hunter Stories Remastered – Kawan Monster, Jangan Bunuh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2024
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, RPG, Steam
0 0
0
Reviu Monster Hunter Stories Remastered – Kawan Monster, Jangan Bunuh!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Monster Hunter terkenal sebagai game di mana kita memburu dan membunuh raksasa menyerupai dinosaur, apa yang akan terjadi jika sebaliknya kita berkawan dengan mereka? Itulah premis Monster Hunter Stories, yang baru-baru ini menerima versi Remastered, yang membawa banyak penambahbaikan, dan ciri-ciri baharu.

Merupakan spin-off untuk Nintendo 3DS yang dikeluarkan pada tahun 2016 di Jepun, Monster Hunter Stories membawa banyak kelainan kepada gameplay ikonik francais. Kini 8 tahun sudah berlalu, jadi Capcom membuat keputusan untuk membawa game ini ke platform moden sambil memperkenalkan spin-off ini kepada lebih ramai gamer.

Kebetulan, kami pun dapat peluang untuk reviu game ini, jadi berikut adalah pendapat saya tentang Monster Hunter Stories Remastered!

Naratif Umum

Kredit: Capcom

Berlatarkan dunia yang berwarna-warni dalam alam semesta Monster Hunter yang luas, game ini mengisahkan seorang Monster Rider muda yang memulakan pengembaraan untuk mengumpul dan menjalin hubungan dengan makhluk yang dikenali sebagai “Monstie.”

Naratif bermula di sebuah kampung di mana protagonis, bersama rakan mereka Lilia dan Shuval, menemui telur misteri yang menetas menjadi raksasa unik. Peristiwa ini memulakan perjalanan mereka yang penuh dengan penerokaan, penemuan dan pertempuran.

Kredit: Capcom

Naratif dalam game ini nampaknya disajikan untuk penonton yang lebih muda tetapi masih menampilkan detik-detik tragis yang pasti menyayat hati, seperti serangan Nargacuga pada awal game dan akibatnya pada kampung.

Momen-momen seperti ini menambahkan lapisan baharu pada naratif dan membuatkan kita tertarik pada plot, lantas menjadikannya lebih rumit, bukan sekadar kisah pengembaraan kanak-kanak yang “simple”.

Kredit: Capcom

Malangnya, saya agak kecewa kerana mereka tidak menambah ciri QoL seperti “skip dialog”, walaupun mempunyai fungsi skip cutscene. Sepertinya namanya, game ini memang menjadikan “jalan cerita” sebagai titik jualan utama, tetapi bagi sesetengah pemain, mungkin ada yang cepat tidak sabar – jadi ciri “skip” memang sangat penting.

Gameplay 

Kredit: Capcom

Monster Hunter Stories Remastered mengekalkan mekanik teras daripada pendahulunya sambil memperkenalkan beberapa tambahan yang meningkatkan pengalaman keseluruhan. Game ini menampilkan sistem pertempuran turn-based menyerupai permainan “o-som”, di mana pemain memilih antara serangan Power, Speed dan Technique.

Setiap jenis mempunyai kekuatan dan kelemahan terhadap yang lain, yang menambah elemen strategik kepada pertempuran. Apabila memilih serangan yang betul, ini akan mengisi Kinship Gauge, yang membolehkan serangan kombinasi yang kuat dengan Monstie anda.

Kredit: Capcom

Game ini menekankan penerokaan dan pengumpulan, di mana pemain meneroka pelbagai persekitaran untuk mencari telur Monstie. Telur ini boleh menetas di kampung untuk menambah Monstie baharu kepada pasukan pemain.

Setiap Monstie mempunyai kebolehan dan set pergerakan yang unik, lantas menawarkan strategi pertempuran yang lebih bervariasi. Sejujurnya, keseronokan apabila menemui dan melihat Monstie baharu menetas adalah antara bahagian penting kepada daya tarikan game ini.

Kredit: Capcom

Sebagai seorang yang kerap bermain Monster Hunter World dan Rise, saya cukup terhibur dengan gameplay kasual dalam MH Stories. Tidak bikin stress; jika mati boleh hidup semula, dan tidak ada unsur “grinding” langsung.

Game ini memang ditujukan kepada mereka yang ingin masuk ke dunia Monster Hunter atau ingin berehat daripada gameplay Monster Hunter yang kadang-kala terlampau sengit.

Penambahbaikan Visual dan Audio

Kredit: Capcom

Salah satu ciri yang menonjol bagi versi Remastered ialah penambahbaikan pada grafik. Visual kini lebih tajam dan lebih berwarna-warni, dengan model watak dan persekitaran dikemas kini, yang serta-merta memberi imej baharu kepada game pada saat pertama kita membuka game.

Walaupun sesetengah animasi mungkin masih agak ketinggalan zaman, visual keseluruhan dipertingkatkan dengan ketara, menjadikan dunia Monster Hunter Stories lebih mengasyikkan.

Kredit: Capcom

Bagi saya, model watak menampilkan tekstur lebih terperinci dan animasi yang lebih lancar. Khususnya, ekspresi muka dan pergerakan lebih lancar, yang membuatkan interaksi antara watak lebih hidup dan menarik. Apabila bermain pada grafik maksimum, saya sendiri lupa game ini asalnya daripada zaman Nintendo 3DS.

Animasi pertempuran dan efek khas juga telah menerima upgrade. Sebagai contoh, Kinship Skill dan serangan khas lain lebih hebat dari segi visual, dengan efek luar biasa dan dan animasi bombastik yang menjadikan pertempuran lebih menarik dan memuaskan seperti menonton anime.

Kredit: Capcom

Penambahan lakonan suara penuh dalam bahasa Inggeris dan Jepun turut membawa dimensi baharu kepada penceritaan. Ini menjadikan naratif lebih menarik dan mudah diakses, yang secara langsung memberikan sentuhan moden kepada game tersebut.

Mode Museum

Kredit: Capcom

Monster Hunter Stories Remastered memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Museum Mode. Ciri ini bertujuan untuk memperkayakan pengalaman gameplay dengan menyediakan info dan kandungan tambahan yang sebelum ini tidak tersedia di luar Jepun.

Direka untuk menarik minat pemain baharu dan peminat lama, ia menawarkan kita cara untuk menyelam dengan lebih mendalam ke dalam alam semesta francais.

Kredit: Capcom

Secara am, Museum Mode boleh dianggap sebagai perpustakaan bagi segala kandungan dalam game serta kandungan tambahan, dengan menampilkan info latar belakang, karya seni eksklusif dan maklumat di sebalik tabir yang meningkatkan pemahaman dan memudahkan pemain menghayati dunia permainan.

Aspek Accessibility dan Tahap Kesukaran

Kredit: Capcom

Perbezaan terbesar Monster Hunter Stories Remastered ialah game ini lebih senang diakses dan lebih mudah daripada game utama Monster Hunter. Pemain boleh “gagal” tiga kali sebelum game over, dan jika hal ini terjadi pun, mereka akan hidup semula tanpa hilang kemajuan.

Oleh itu, ini menjadikannya pengalaman lebih santai dan menyeronokkan. Pendekatan mesra kanak-kanak tersebut memastikan game ini mudah didekati oleh pemain yang lebih muda sambil memberikan cabaran yang mencukupi untuk peminat veteran.

Kredit: Capcom

User interface juga telah dikemas kini agar sepadan dengan taraf moden. Menu lebih jelas dan intuitif, membuatkan navigasi lebih mudah untuk pemain. Reka bentuk UI yang dikemas kini melengkapkan penambahbaikan grafik keseluruhan, untuk memberikan pengalaman yang lancar daripada meneroka dunia hingga ke mengurus Monstie dan peralatan anda.

Pendapat

Kredit: Capcom

Secara keseluruhan, Monster Hunter Stories Remastered berjaya membawa klasik yang digemari ke dalam era gaming moden. Dengan visual yang dipertingkatkan, lakonan suara penuh dan kandungan tambahan, game ini menawarkan pengalaman yang serba lengkap dan menarik.

Sama ada anda ialah pemain baru dalam siri ini atau veteran yang menikmati siri original, Remastered ini merupakan tambahan yang menarik dan berbaloi kepada perpustakaan gaming anda.

Jika berminat, anda boleh dapatkan Monster Hunter Stories sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC melalui Steam! Untuk info lanjut, tekan SINI!

The Review

Monster Hunter Stories Remastered

8 Score

Monster Hunter Stories Remastered berjaya membawa klasik yang digemari ke dalam era gaming moden. Dengan visual yang dipertingkatkan, lakonan suara penuh dan kandungan tambahan, game ini menawarkan pengalaman yang serba lengkap dan menarik.

PROS

  • Visual yang dipertingkatkan
  • Lakonan suara penuh
  • Game yang boleh diakses untuk beginner
  • Museum Mode menambahkan lagi pengetahuan

CONS

  • Kekurangan QoL, seperti "dialog skip"

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: Monster Hunter Stories Remasteredreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Metaphor: ReFantazio Menjelaskan Naratif, Latar Belakang & Watak Dalam ‘ATLUS Exclusive’

Next Post

Previu The Seven Deadly Sins: Idle – Geng 7DS Bertukar Chibi?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Previu The Seven Deadly Sins: Idle – Geng 7DS Bertukar Chibi?

Previu The Seven Deadly Sins: Idle - Geng 7DS Bertukar Chibi?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd