Dengan keupayaan untuk mengharungi pulau baru Fortnite sebagai Spider-Man, sesetengah peminat mula membuat perbandingan wira tersebut antara versi Fortnite dan Marvel’s Avengers. Fortnite yang baru memasuki bab ketiga telah memperkenalkan beberapa mekanik permainan baru dan mengesahkan bahawa Spider-Man akan menyertai permainan tersebut. Pemain kini boleh mengalami pelbagai halangan cuaca secara rawak di seluruh pulau.

Seorang pengguna Twitter, YassinLNey telah mengongsikan sebauh video yang menunjukkan web-slinging Spider-Man versi Fortnite yang menggunakan Web-Shooter yang baru. Dalam video tersebut, karakternya yang berpakaian seperti Spider-Man dilihat berayun dengan lebih dinamik di langit dan menggunakan pelbagai objek dengan penuh lancar. Pemain lain yang meminati Spider-Man terus melakukan memberikan pendapat masing-masing mengenai animasi dan pergerakan Spider-Man Fortnite yang lebih baik daripada Spider-Man Marvel’s Avengers.
Ramai yang mengatakan bahawa Fortnite membuat kerja yang bagus dan lebih baik dari Marvel’s Avengers. Ramai juga yang mempertikaikan kenapa permainan Marvel’s Avengers itu sendiri tidak mempunyai hasil yang lebih baik daripada Fortnite. Perbandingan ini mula dibuat kerana tarikh pelepasan untuk kedua-dua permainan adalah rapat. Marvel’s Avengers telah menambah Spider-Man sebagai hero eksklusif PlayStation bulan lalu. Ia juga telah dibuat perbandingan dengan Spider-Man versi Insomniac. Versi Insomniac boleh dikatakan lebih kepada gaya wall-crawler sebab itu ia versi terbaik untuk Spider-Man.

Versi Fortnite dan Marvel’s Avengers sebenarnya sama sahaja. Pemain hanya berlari dan melakukan akrobatik sambil berayun di persekitaran. Cuma perbezaannya pada animasi dan Web-Swinging oleh Spider-Man. Animasi Spider-Man di Fortnite telah memberikan pemain harapan untuk babak baru yang penuh aksi dan masih banyak lagi kandungan baru akan datang. Bukan setakat itu sahaja, The Rock dan peta baru juga akan memberikan pengalaman lebih kepada pemain. Menurut Epic Games, musim ketiga Fortnite mempunyai lebih ramai pemain log masuk dan nampaknya permainan tersebut akan mempunyai peluang yang lebih cerah pada masa depan.
Untuk segala liputan mengenai permainan, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter, Screenrant
@gamersantaimy
Discussion about this post