Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem live-action Tokyo Revengers akan ditayangkan di GSC Malaysia pada 9 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Filem live-action Tokyo Revengers akan ditayangkan di GSC Malaysia pada 9 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk semua peminat anime dan manga di luar sana, Golden Screen Cinemas aka GSC dan Encore Films mengingatkan kita semua sekali lagi bahawa mereka akan menayangkan filem live-action Tokyo Revengers di Malaysia pada 9 Disember 2021.

Berdasarkan manga popular dengan nama sama oleh Ken Wakui, filem ini dibuka di Jepun pada 9 Julai 2021 dan diarahkan oleh Tsutomu Hanabusa, dengan skrip oleh Izumi Takahashi, dan muzik oleh Yutaka Yamada. Para pelakon yang terlibat termasuk Takumi Kitamura sebagai Takemichi Hanagaki, Yuki Yamada sebagai Ken Ryūgūji, Ryō Yoshizawa sebagai Manjirō Sano, dan lain-lain.

Sinopsis: Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.

Seperti saya kata di atas, Tokyo Revengers dicipta oleh Ken Wakui dan mula diterbitkan di majalah Majalah Shōnen Mingguan milik Kodansha pada 1 Mac 2017. Sebanyak 22 jilid tankōbon telah dibukukan setakat 16 April 2021.

Pada Jun 2020, ia telah diumumkan bahawa Tokyo Revengers akan menerima sebuah adaptasi siri televisyen anime yang dihasilkan oleh Liden Films. Ia ditayangkan secara perdana di saluran MBS dan rangkaian-rangkaian lain pada 11 April 2021 manakala Muse Communication telah melesenkan siri ini bersama sarikata bahasa Melayu di saluran YouTube Muse Malaysia. Buat masa ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga ketiga terlaris di separuh pertama 2021 (tempoh antara November 2020 dan Mei 2021), di belakang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan Jujutsu Kaisen, dengan lebih 5 juta salinan terjual.

TOKYO REVENGERS uploaded by アキ ✧・゚ on We Heart It

Jika anda peminat, jangan lupa untuk tonton filem live-action Tokyo Revengers di pawagam GSC terdekat apabila ia ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Tokyo Revengers termasuk fakta trivia tentang setiap ahli, maksud di sebalik logo kontroversi mereka, dan lain-lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGSClive actionmovieTokyo Revengers
Previous Post

Black Clover akan dedahkan maklumat baru filem di Jump Festa!

Next Post

Menurut peminat, versi Spider-Man Fortnite lebih baik dari Marvel’s Avengers

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Menurut peminat, versi Spider-Man Fortnite lebih baik dari Marvel’s Avengers

Menurut peminat, versi Spider-Man Fortnite lebih baik dari Marvel's Avengers

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd