Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Memiliki Lebih Banyak DLC Monster Hunter Wilds Akan Membuat Gameplay PC Lebih Lancar? Ini Penjelasannya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 15, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, RPG
0 0
0
Memiliki Lebih Banyak DLC Monster Hunter Wilds Akan Membuat Gameplay PC Lebih Lancar? Ini Penjelasannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Punca sebenar di sebalik isu prestasi yang sekian lama menghantui Monster Hunter Wilds mungkin telah berjaya didedahkan, terutamanya bagi mereka yang bermain menggunakan PC dengan spesifikasi mid-range. Hasil siasatan seorang pemain berdedikasi menunjukkan bahawa masalah ini berpunca daripada sistem game itu sendiri.

MH Wilds – Bad performance mystery (Solved?)
byu/de_Tylmarande inMonsterHunter

Menurut seorang pengguna Reddit yang dikenali sebagai u/de_Tylmarande, bukti kukuh yang dikumpulnya menunjukkan bahawa punca utama masalah stuttering dan frame rate yang rendah adalah disebabkan oleh sistem permainan yang sentiasa membuat semakan agresif terhadap DLC yang dimiliki oleh pemain.

Sejak dilancarkan pada Februari 2025, ramai pemain telah menyuarakan rungutan mengenai tahap pengoptimuman Monster Hunter Wilds yang kurang memuaskan. Walaupun beberapa patch telah dikeluarkan oleh Capcom untuk memperbaikinya, isu prestasi ini masih berlarutan bagi sebilangan besar pemain.

Untuk menyiasat perkara ini, u/de_Tylmarande, yang sebelum ini pernah membantu Capcom menyelesaikan masalah prestasi untuk Dragon’s Dogma 2, telah menjalankan ujian terperinci ke atas dua akaun Steam yang berlainan.

Siasatannya mendedahkan satu penemuan yang janggal: prestasi game didapati lebih lancar bagi akaun yang memiliki lebih banyak DLC. Penemuan ini membawa kepada teori bahawa proses semakan pemilikan DLC yang berjalan tanpa henti di latar belakang telah menjadi punca ‘performance bottleneck’.

Bagi membuktikan teorinya, beliau telah mencipta sebuah mod khusus untuk mematikan fungsi semakan DLC tersebut. Kesannya amat positif.

Beliau melaporkan bahawa di dalam kawasan hub yang sesak, frame rate melonjak daripada 26 FPS kepada 46 FPS yang jauh lebih lancar selepas mod itu dipasang, menandakan satu peningkatan prestasi melebihi 75%.

Beliau berpendapat bahawa masalah ini bukanlah sesuatu yang sengaja direka oleh Capcom, tetapi lebih kepada kesan sampingan daripada cara sistem semakan itu dilaksanakan secara agresif, yang secara tidak langsung menjejaskan prestasi gameplay.

Difahamkan, segala hasil siasatan dan penemuan ini telah pun dimaklumkan kepada pihak sokongan Capcom.

u/de_Tylmarande turut menegaskan bahawa beliau bersedia untuk berkongsi mod peningkatan prestasi yang dihasilkannya itu dengan komuniti pemain sekiranya Capcom gagal menangani masalah tersebut dalam patch rasmi akan datang.

Tags: Monster Hunter WildsPC
ShareTweetSend
Previous Post

Animal Crossing: New Horizons Menerima Update 3.0, Bersama Edisi Khas Nintendo Switch 2!

Next Post

Adaptasi Novel & Donghua Popular, Lord of Mysteries Bakal Hadir Dalam Bentuk MMORPG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Adaptasi Novel & Donghua Popular, Lord of Mysteries Bakal Hadir Dalam Bentuk MMORPG!

Adaptasi Novel & Donghua Popular, Lord of Mysteries Bakal Hadir Dalam Bentuk MMORPG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd