Semalam, La Liga, Division pertama bola sepak Spain mengumumkan partnership dengan McDonald’s. Ini merupakan projek pertama dalam liga untuk memasuki dunia Esports, banyak kumpulan La Liga mengambil bahagian dalam Spain’s VFO League, merupakan 11 vs 11 siri Esports.
McDonald’s Virtual La Liga merupakan satu pintu masuk bagi pertandingan untuk wakil Spain dalam FIFA 18 eWorld Cup, yang menggantikan format FIFA esports sebelum ini. Kelayakan secara online akan bermula pada 19 Mac untuk kedua-dua konsol Xbox dan juga PlayStation. Peserta terakhir akan ditentukan oleh pertandingan eksklusif yang akan dijalankan oleh McDonald’s sendiri.
Bukan McDonald’s je, tapi banyak lagi sponsor lain yang terlibat seperti El Corte Inglés, Allianz, Hyundai, dan jugak Orange. Kesemua sponsor tersebut pernah terlibat dalam dunia esports. Tambahan lagi, Virtual La Liga bekerja sama dengan organisasi esport Spanish, iaitu Liga de Videojuegos Profesional (LVP) untuk membantu mereka dalam melancarkan lagi pertandingan ini.
So, haritu KFC sudah dekat Russia, McDonald’s pon sudah dekat Spain, Ramly Burger bila lagi? Kot la diorang ada plan nak buat Ramly Cup ke kan. Korang rasa macam mana? Jangan lupa tinggalkan komen dan pendapat korang.
Sumber : The Esports Observer
@gamersantaimy
Discussion about this post