Fortcraft game yang dibuat oleh NetEase Games keluarkan satu lagi game battle royale untuk mobile secara percuma. NetEase Games da banyak keluarkan title dan genre game battle royale ni macam Knives Out, Rules of Survival, Island Strikers dan banyak lagi. Tambah lagi dengan game baru ni, Fortcraft yang berinspirasikan Fortnite, yang sekarang ni dalam beta testing untuk iOS dan Android.
Dah nama pun diinspirasikan dari Fortnite, mesti lah gameplay pon lebih kurang, korang akan dibenarkan untuk mereka bentuk dan juga membina kubu korang. Dan, macam biasa, kalau dah nak membina, korang mestilah kena ada sumber macam kayu, batu dan juga besi. Perbezaan yang aku rasa ketara adalah dari segi senjata je lah kot. Dalam Fortcraft, korang boleh guna Flamethrower.
Dalam masa yang sama, Fortnite jugak dah nak launch versi mobile. Epic Games, buat masa ni, belum lagi umumkan fasa open beta, hanya Email Invitation Event. Dengan pelancaran Open Beta dari NetEase Games, sangat lah efisien dan pantas untuk memotong Fortnite mobile. Buat masa ni, beta test dia region locked dan hanya didapati di USA dan Canada sahaja.
Nak tunjuk trailer, takda, nanti aku bagi korang gameplay je lah and korang bandingkan sendiri dan jangan lupa letak komen dan pendapat korang. Sebab bagi aku, memang Fortcraft ni klon habis.
Sumber : Gamer Braves
@gamersantaimy
Discussion about this post