gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Game Platform Mobile Android

Masih mencari Roles paling sesuai dalam pasukan anda di PUBG Mobile? Mungkin ini dapat membantu anda!

Clan leader ke tu? Mungkin ini boleh bantu korang!

Nyny.A by Nyny.A
October 2, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Masih mencari Roles paling sesuai dalam pasukan anda di PUBG Mobile? Mungkin ini dapat membantu anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mempunyai clan tersendiri di dalam PUBG Mobile? Teringin nak masuk dalam pelbagai acara (tournament) atau ‘custom room‘ sama ada online tour atau offline tour, tetapi masih tidak tahu mana diantara pemain dalam clan anda yang sesuai untuk roles (peranan) dalam permainan… Iya untuk masuk dalam segala acara ini sekurang-kurangnya anda kena tahu peranan mana yang sesuai untuk pasukan yang anda bawa dalam acara-acara tersebut. Antara peranan yang anda kena sediakan adalah Ketua Pasukan dalam game, Scout, Carry, Lurker dan Support.

Kelima-lima peranan ini juga perlu mempunyai penggerakan permainan serta penggunaan senjata yang sesuai dalam kelebihan mereka. Tips untuk perhatikan peranan-peranan ini, anda sebagai ketua clan kenalah rajin perhatikan setiap ahli clan anda yang sesuai untuk tour-tour ini. Rajinkan buat custom room, masukkan mereka dalam custom room yang dibuat clan lain, dan dari situ perhatikan yang mana sesuai dan berkelayakan untuk pergi jauh. Sebab pekara sebegini, paling penting adalah komitment, bukan sembang lebih!

Okay jom lihat sendiri perbezaan antara kelima-lima peranan seperti yang tersebut diatas untuk anda amik buat simpan tepi ketiak dan cari ahli yang paling sesuai dalam clan anda tu!

Ketua dalam permainan (In-game Leader)

Nak jadi ManParang? Nak jadi Yakuza sebagai ketua? Okay setiap ketua perlulah menjadi ‘kepala’ dalam skuad anda. Tugas seorang ketua adalah untuk membaca peta terutama setiap bulatan diarah mana, tentukan jalan yang akan diikuti, pastikan titik hentian dimark betul-betul agar kesemua ahli pasukan nampak, memberi taktik yang bernas dan kawasan mana harus dijelajah pasukan.

Sumber: Redbull

Skil tidak perlu risau, janji pandai menembak dengan tepat. Ketua pasukan juga sesuai untuk menjadi sniper untuk perhatikan keadaan sekeliling. Paling penting untuk menjadi ketua, kena cepat buat keputusan, cepat berfikir dan memberi tindak balas yang cepat! Juga lagi satu, kalau plan pertama gagal, cepat-cepat gunakan plan kedua! Tetapi jangan pula plan kedua waktu-waktu terakhir baru fikirkan! Rancang betul-betul jalan permainan itu!

Scout (Entry) 

Scout merupakan satu peranan penting dalam skuad, jadi yang ketua tadi harus memberitahu sesiapa yang berperanan sebagai skuad ini untuk memulakan perhatian dikawasan titik terjunan anda. Dalam masa yang sama, scout boleh mencari kenderaan dan ronda sekeliling kawasan.

Pemain dengan peranan ini bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat, sama ada laluan bergerak pasukan selamat atau tidak. Scout mesti bersedia untuk dikorbankan apabila diperlukan, sama ada untuk pergi terlebih dahulu semasa menyerang sesuatu kawasan atau memikat musuh untuk keluar bersembunyi. Senang cerita Scout tidak perlu banyak menembak, tetapi dia mesti mempunyai naluri yang kuat dalam mengesan musuh.

Carry (3rd Man)

Carry merupakan satu peranan penting dan kuat dalam permainan. Pemain yang sesuai untuk peranan ini perlulah ada kemahiran mikro terbaik dan hebat dalam pengunaan senjata. Mata yang tajam dan serangan tepat juga diperlukan untuk membunuh setiap musuh.

Tetapi membuat serangan jangan menjadi terlalu menggelabah dan pentingkan diri ibarat tunjuk kuat seorang diri, pastikan ahli pasukan sudah berada berdekatan untuk memulakan serangan tersebut. Naluri untuk mencari musuh kenalah kuat agar kesemua dalam pasukan dapat bersedia lebih awal.

Lurker (4th Man)

Hampir sama perananya seperti scout, tapi sebagai penembak tepat! Iya, dalam peranan ini sekurang-kurangnya anda pandai menggunakan sniper untuk menjadi spy ataupun flanker. Anda kena pergi ke titik buta kawasan tidak kiralah kawasan high ground atau pun low ground.

Juga sama seperti 3rd Man, Lurker harus pandai menembak terutama sasaran yang tepat! Tapi jangan jadikan fokus utama hanya untuk sniper dan kemudian anda tidak tahu menggunkan AR ataupun SMG. Sokongan dari belakang untuk pasukan memang tersangatlah penting. Jadi pilihlah Lurker yang terbaik!

Support 

Sumber: Bluestacks

Dan yang terakhir adalah peranan sokongan. Walaupun terdapat 5 dalam ini, peranan sokongan juga boleh diambil oleh salah satu peranan yang tersebut diatas, atau seorang lagi pemain simpanan dalam setiap tour. Peranan ini agak Hybrid dan bergantung kepada gaya permainan pasukan.

Bertujuan untuk pemain yang faham peta, bulatan, strategi, ianya agak penting untuk memberi sokongan belakang ahli lain. Dalam masa yang sama, peranan ini juga bagus jika pandai menggunakan grenades dan juga menjadi ahli medik dalam pasukan.

Jadi ini antara peranan yang anda sebagai ketua clan untuk mencari! Setiap pemain memang ada ciri-ciri kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Jadi pemilihan yang tepat haruslah bedasarkan kerajinan anda untuk teliti setiap ahli clan anda itu. Nak jadi yang terbaik kan? Apa salahnya berkorban sikit untuk ahli anda!

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Game Tipspubg mobilePUBG Mobile Tips & TricksPUBGMTips & Trick
Previous Post

Mobile RPG popular Dragon Quest of the Star bakal dilancarkan untuk GLOBAL pada awal 2020!

Next Post

GTA 6 diberi nama Project Americas!? Serta maklumat baru untuk tarikh keluaran & gameplay!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Khabar Angin: BioShock 4 dalam pembangunan menghasilkan suasana open world
Artikel

Khabar Angin: BioShock 4 dalam pembangunan menghasilkan suasana open world

April 13, 2021
[Temu ramah eksklusif] Acer bukan setakat membekalkan perkakasan, akan lebih tumpu pada industri eSukan!
Acara

[Temu ramah eksklusif] Acer bukan setakat membekalkan perkakasan, akan lebih tumpu pada industri eSukan!

April 13, 2021
The Walking Dead: Survivors kini dilancarkan secara global
Android

The Walking Dead: Survivors kini dilancarkan secara global

April 13, 2021
Next Post
GTA 6 diberi nama Project Americas!? Serta maklumat baru untuk tarikh keluaran & gameplay!

GTA 6 diberi nama Project Americas!? Serta maklumat baru untuk tarikh keluaran & gameplay!

Discussion about this post

Facebook Kami

ANIME

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

by Nyny.A
April 13, 2021
0

Agak lama ramai peminat yang menantikan filem aksi langsung siri anime yang paling disukai di seluruh dunia iaitu Gundam. Ianya...

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

by Razin Syafiq
April 12, 2021
0

Adaptasi anime untuk karya terbaru Hiro Mashima, Edens Zero, adalah salah satu anime yang paling dinantikan pada tahun ini kerana...

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

by Nyny.A
April 12, 2021
0

Siapa sahaja yang tidak tahu Transformer, dari siri animasi sehingga kit model yang tidak pernah terhenti Hype-nya di serata dunia. Dari makhluk...

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

by Razin Syafiq
April 9, 2021
0

Selepas 11 tahun dan tujuh bulan, manga Attack on Titan oleh Hajime Isayama akhirnya berakhir. Dinamakan "Final Chapter: Toward the...

  • Tentang Kami
  • Sertai Gamer Santai
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In