Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch 2
0 0
0
Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Cygames dan Arc System Works mengumumkan bahawa Granblue Fantasy Versus: Rising (GBVSR) akan dilancarkan di Nintendo Switch 2 pada 17 September 2026, dengan pra-pesanan digital bermula hari ini, 27 Ogos.

Sempena pelancarannya di platform tersebut, Cygames turut memperkenalkan Legendary Edition yang padat dengan barisan watak terkini, ciri gameplay baharu, serta pelbagai ganjaran eksklusif.

Ditawarkan pada harga RM179.00, Legendary Edition merupakan edisi lengkap untuk pemain baharu mahupun pemain lama. Edisi ini menampilkan sebanyak 40 watak yang boleh dimainkan, bersama kemunculan sulung watak Id daripada Granblue Fantasy: Relink.

Kandungan pakej ini merangkumi:

  • Base Game Granblue Fantasy Versus: Rising
  • Deluxe Character Pass Part 1: Semua watak DLC Season 1, variasi warna (no. 5–8), weapon skin (no. 2–4), kostum Guider to the Eternal Edge untuk Gran dan Djeeta, serta Vikala (Yin) Premium Avatar.
  • Deluxe Character Pass Part 2: Semua watak DLC Season 2, variasi warna (no. 5–8), weapon skin (no. 2–4), stage Canaan Shrine, serta Sandalphon (Dark) Premium Avatar.
  • Additional Character Set (Id)

Pemain yang membuat prapesan atau pembelian awal juga akan menerima kostum watak “Reverent Attire” untuk Sandalphon, yang boleh digunakan dalam perlawanan serta mod Figure Studio (bonus tersedia sehingga 12 Januari 2027). Legendary Edition turut akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC (Steam).

Versi Switch 2 memanfaatkan keupayaan perkakasan konsol tersebut dengan membawakan ciri-ciri yang direka khas untuk gameplay mudah alih dan perlawanan setempat:

  • Mod Gyro Versus: Mod eksklusif yang mesra untuk pemain kasual, membolehkan pemain melancarkan combo menarik dan skil istimewa hanya dengan menggoncangkan alat kawalan Joy-Con atau Joy-Con 2.
  • Perlawanan Local Wireless: Pemain boleh berhubung secara setempat tanpa memerlukan sambungan internet. Sangat sesuai ketika melepak bersama rakan-rakan. Sokongan crossplay bersama pemain PlayStation dan PC turut disokong bagi mod ranked match, casual lobby, serta mod parti Grand Bruise!.

Dilancarkan serentak pada 17 September untuk semua platform ialah kemas kini percuma Versi 2.60, yang memperkenalkan:

  • Chain Attacks: Mekanik baharu yang direka untuk membuka lebih banyak peluang dan variasi combo.
  • Kawalan Super Ultimate+: Sistem kawalan unik yang membolehkan pemain mengawal watak kegemaran mereka dengan kuasa yang jauh lebih hebat.

Pemain yang turut memainkan Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok pada platform yang sama boleh memautkan save data mereka untuk membuka pelbagai ganjaran eksklusif dalam GBVSR, termasuk:

  • Weapon Skin: Premium Sword (Id)
  • Color Variants: No. 20–21 untuk Id
  • Lobby Avatar: Lyria (Shaman of Salvation) dan Id
  • Rekaan Kad Profil Khas (Package Art 1 & 2 Relink – Endless Ragnarok)
  • In-Game Trophy: “I’ve Been an Id Main Since Day 1”
  • System Voice: Id

Untuk meraikan kemunculan Id dalam genre fighting game serta pelancaran di Switch 2, Cygames akan membuka prapesan untuk barangan rasmi baharu di CyStore bermula 17 September hingga 18 Oktober 2026. Barisan produk ini merangkumi acrylic stand bersaiz besar dan keychain watak Id, serta acrylic stand Sandalphon dengan kostum Reverent Attire. Peminat Malaysia boleh membuat pesanan antarabangsa melalui perkhidmatan penghantaran proksi Buyee.

Tags: Granblue Fantasy Versus: RisingNintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma

August 27, 2026
Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia
Review

Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia
Mobile

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia

August 26, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd