Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sonic Racing: CrossWorlds masih rancak menerima pelbagai kandungan baharu, dan crossover terbaharu membawakan wajah yang cukup sinonim dengan legasi klasik Sega. Axel daripada siri Crazy Taxi secara rasmi menyertai roster Sonic Racing: CrossWorlds bersama teksi kuning ikoniknya.

Setelah mencubanya sendiri secara hands-on lebih awal, inilah yang boleh anda jangkakan daripada update yang kini sedia dimainkan.

Penampilan Baru untuk Karakter Klasik

Versi Axel kali ini tidak mengekalkan gaya retro asalnya, sebaliknya menampilkan rekaan moden daripada Crazy Taxi: World Tour yang akan datang. Watak ini masih membawa aura street-smart dan jiwa memberontak yang dirindui peminat setia.

Malah, walaupun perlu bersaing dengan landak laju, musang pintar, dan pelbagai watak kartun lain di atas litar, Axel tetap nampak menonjol.

Kehadirannya juga bukan biasa-biasa. Axel hadir dengan set animasi tersendiri yang menyerlahkan personalitinya; daripada gelagat di garisan permulaan, reaksi semasa menggunakan item, hinggalah gaya meraikan kemenangan selepas garisan penamat.

Malah, cara dia duduk santai di belakang stereng sudah cukup untuk menunjukkan bahawa undang-undang jalan raya langsung tidak berada dalam fikirannya.

Melengkapkan DLC ini ialah kenderaan ikoniknya, Devolada Yellow Jack. Seperti yang dijangka, kereta ini diinspirasikan daripada teksi kuning legenda Crazy Taxi, namun telah dirombak semula agar sepadan dengan rentak lumba Sonic Racing: CrossWorlds yang pantas dan bertenaga.

Di samping mengekalkan warna kuning terang serta pelekat “signature”, kereta ini nampak lebih rendah, tajam, dan penuh dengan elemen lumba. Berbanding kenderaan lain yang rekaannya futuristik atau berciri kartun, Devolada Yellow Jack membawa identiti tersendiri yang serta-merta mengingatkan pemain kepada asal-usul francais.

Cara Berlumba Masih Huru-Hara

Crossover ini tidak membawakan sebarang mekanik mengambil penumpang mahupun mini-game daripada siri asal. Pun begitu, aksi drifting di selekoh tajam, melanggar pencabar, dan memecut menerusi Travel Rings dengan teksi kuning sudah cukup untuk menghidupkan semula suasana huru-hara yang menjadi tanda Crazy Taxi.

Berita baiknya, kandungan ini tidak disekat di sebalik DLC berbayar. Axel bersama Devolada Yellow Jack boleh diakses melalui update yang sepenuhnya percuma. Bagi sesiapa yang sudah memiliki Sonic Racing: CrossWorlds, anda boleh terus menambah pelumba dan kereta baharu ini ke dalam roster tanpa mengeluarkan sebarang bayaran tambahan.

Penambahan Ringkas Tetapi Tepat

Kolaborasi Crazy Taxi ini tidak membebankan pemain dengan sistem gameplay yang rumit. Sebaliknya, memberi tumpuan tepat kepada apa yang digemari ramai: iaitu Axel, teksi kuningnya, dan lagak pemanduannya yang melulu.

Walaupun penambahan ini bersifat sederhana, ia menambah semangat ke dalam game ini, dan juga memberi alasan untuk pemain kembali ke litar.

Buat peminat lama, peluang memandu teksi kuning di pelbagai dimensi litar sudah cukup mengujakan. Sementara untuk pemain baharu, ia menjadi pengenalan yang menarik sebelum kemunculan rasmi Axel dalam Crazy Taxi: World Tour.

Jadi, muat turun update ini, tekan pedal minyak rapat ke lantai, dan buktikan siapa pemandu paling ‘gila’ di atas litar!

Game ini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Crazy TaxiDLCSonic Racing: CrossWorlds
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia

Next Post

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd