Free-to-play creature-catching open-world action RPG ‘Aniimo‘ akan dilancarkan pada 16 September 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, serta Microsoft Store.
Bagi mereka yang lebih gemar bermain di mobile, game ini akan tiba di iOS dan Android seminggu kemudian, iaitu pada 23 September 2026.
Berlatarkan benua Idyll yang luas, kita bermain sebagai seorang peneroka yang dikenali sebagai Pathfinder. Misi utama adalah untuk meneroka dunia terbuka yang serba hidup, menemui lebih 200 makhluk berelemen unik yang dipanggil Aniimo, dan membina pasukan impian.
Aniimo liar mendiami pelbagai ekosistem dinamik; daripada kawasan padang rumput hinggalah ke puncak gunung berapi. Makhluk yang ditemui akan berubah mengikut kawasan, cuaca dalam game, serta kitaran waktu siang dan malam. Untuk menangkapnya, anda akan menggunakan peranti khas dipanggil Aniipods, memasang perangkap taktikal, dan bertarung secara real-time action combat.

Perkara yang membezakan Aniimo daripada game monster-taming tradisional adalah mekanik yang dinamakan Twining. Kita tidak memberi arahan kepada makhluk peliharaan dari tepi, sebaliknya boleh bergabung dengan mana-mana Aniimo yang telah ditangkap dan mengawal tubuhnya.
Kebolehan berubah menjadi Aniimo mengubah cara kita meneroka dunia permainan:
- Bertukar menjadi makhluk bersayap membolehkan pemain meluncur di udara untuk merentasi gaung yang luas.
- Menjadi raksasa akuatik membolehkan pemain menyelam ke dalam gua bawah air.
- Mengambil bentuk makhluk tanah membolehkan pemain menggali ke bawah tanah untuk mencari relik tersembunyi dan menyelesaikan pelbagai teka-teki.

Tinggi di atas awan, ada sebuah metropolis terapung yang berfungsi sebagai social hub utama. Di sini, para Pathfinder boleh berkumpul, berdagang, menayang variasi Aniimo, dan beratur untuk perlawanan kompetitif. Bagi pemain yang meminati aksi PvPvE, game ini membawakan mod yang dipanggil Egg Heist. Dalam mod ini, skuad tiga pemain akan dihantar ke Lost Isles untuk mencari dan mengekstrak telur Aniimo bernilai tinggi sambil bertarung boss pulau serta pasukan lawan.
Bila ingin berehat seketika, setiap Pathfinder dibekalkan dengan sebuah RV peribadi. Anda boleh memandu RV ini ke tapak perkhemahan di serata dunia untuk bersantai bersama rakan-rakan, atau kembali ke pangkalan peribadi Homeland. Di Homeland, anda boleh bercucuk tanam, menghasilkan hiasan, dan menghias ruang kediaman bersama Aniimo untuk membina sebuah tempat perlindungan yang selesa.

Memandangkan Aniimo adalah game free-to-play, pek pre-order merupakan pilihan tambahan. Dua edisi berbeza boleh ditempah di PlayStation Store dan Microsoft Store:
Advanced Edition mengandungi battle pass Advanced Companion Handbook. Pas ini memberikan ganjaran Prismana Aniimo Egg eksklusif (yang boleh ditetaskan di Outpost Hatchinator untuk menghasilkan bentuk Prismana yang unik dengan status potensi maksimum), serta bahan khas untuk evolusi bercabang dan pelbagai sumber peningkatan dalam game. Pembeli juga akan menerima aksesori haiwan peliharaan eksklusif mengikut platform: pemain PlayStation akan menerima “Fluffy Friend”, manakala pemain Xbox akan mendapat “Doggo Dude”.
Collector’s Edition pula merangkumi semua kandungan daripada Advanced Edition (termasuk aksesori eksklusif platform dan Prismana Egg), bersama battle pass Collector’s Companion Handbook yang dinaik taraf, kosmetik Doll eksklusif dalam game, serta Avatar Frame Pathfinder istimewa.








Discussion about this post