Sekiranya anda tidak tahu, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5 pada bulan November ini, akan mempunyai Ultimate Edition yang disertakan versi remaster untuk permainan video pertama bernama Marvel’s Spider-Man: Remastered. Kita dapat mengalami jalan cerita yang lengkap, yang merangkumi remaster permainan asal dan ketiga-tiga DLC Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps supaya pemain dapat mengalami naratif penuh.
Walaupun versi remaster ini memiliki pakaian baru, fitur mod foto yang lebih canggih, dan beberapa trofi baru, saya ada beberapa berita mengecewakan untuk anda semua. Versi fizikal untuk Marvel’s Spider-Man: Remastered tidak dihasilkan dan fitur “cross-save” di mana kita pindahkan save file daripada PS4 ke PS5 tidak disokong.
no plans to release physically
— Insomniac Games (@insomniacgames) September 20, 2020
Saves won’t transfer from the original game to the Remaster
— Insomniac Games (@insomniacgames) September 20, 2020
Jawapan ini datang terus daripada Twitter rasmi Insomniac Games. Mungkin ada pemain yang tidak ingin ulang semula cerita Marvel’s Spider-Man PS4 dan hanya ingin mencari trofi baru, dan mungkin ada yang lebih selesa membeli versi fizikal daripada versi digital, jadi ini boleh bikin isu yang serius. Dukacita, ini semua tidak disediakan.
Walaupun banyak berita sedih, mari kita fikir berpositif dan lihat apa yang menarik tentang versi remaster!
“Remaster untuk PS5 ini bukanlah setakat peningkatan resolusi sederhana kerana banyak aset permainan telah diperbarui sepenuhnya untuk memanfaatkan kuasa konsol PS5. Anda akan melihat watak-watak yang kelihatan lebih baik dengan kulit, mata, rambut, dan animasi wajah yang ditingkatkan.
Anda juga akan melihat pantulan ray-tracing dan bayangan ambien, pencahayaan yang lebih baik, lebih banyak pejalan kaki dan kenderaan yang boleh dikelihatan dari jauh, dan mod prestasi pilihan di Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, yang membolehkan anda akhirnya bermain di kadar 60fps yang disasarkan.
Kami akan menyokong loading hampir seketika, audio 3D, dan maklum balas haptik untuk DualSense. Akhir sekali, kami menambahkan tiga pakaian Spider-Man baru yang menakjubkan, fitur mod foto baru, dan juga trofi baru untuk anda yang ingin Platinum permainan sekali lagi.” –James Stevenson,
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, yang merupakan spinoff sendiri, akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada 12 November manakala Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition, yang merangkumi voucher untuk Marvel’s Spider-Man: Remastered, akan dilancarkan pada hari yang sama juga . Anda boleh melihat semua liputan kami tentang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post