Peperangan konsol next-gen secara rasmi bermula selepas Microsoft membuka pra-pesanan untuk konsol Xbox Series X dan Xbox Series S mulai hari ini, 23 September! Bagi gamer Malaysia yang meminati Xbox, pra-pesanan boleh didapati sekarang di Impulse Gaming. Xbox Series X berharga RM2199, manakala Xbox Series S hanya berharga RM1499. Kedua-dua konsol dijadualkan akan tiba pada 10 November.
Perlu diingat juga bahawa Microsoft telah memperolehi Bethesda semalam, lantas memberi kesan positif pada penjualan Xbox Series X dan Series S pada masa depan kerana menawarkan banyak pilihan permainan video menarik untuk kita! Secara semula jadi, kuantiti dijangka sangat terhad yang bermaksud penjualan berkemungkinan akan habis sebelum Cuti 2020, jadi pastikan diri anda tempah konsol sementara stok masih ada.
Spesifikasi penuh Xbox Series X dan Xbox Series S:
Xbox Series X | Xbox Series S | |
CPU | 8-Core AMD Zen 2 CPU @ 3.8GHz. 3.6GHz w/ SMT Enabled | 8-Core AMD Zen 2 CPU @ 3.6GHz. 3.4GHz w/SMT Enabled |
GPU | AMD RDNA 2 GPU. 52 CUs @ 1.825GHz | AMD RDNA 2 GPU. 20 CUs @ 1.565GHz |
GPU Power | 12.15 TFLOPS | 4 TFLOPS |
System on a Chip (SoC) | Custom 7nm Enhanced SoC | Custom 7nm Enhanced SoC |
RAM | 16 GB GDDR6 RAM. 10 GB @ 560GB/s. 6 GB @ 336GB/s | 10 GB GDDR6 RAM. 8 GB @ 224GB/s. 2 GB @ 56GB/s |
Performance Target | 4K @ 60 FPS, Up to 120 FPS | 1440p @ 60 FPS, Up to 120 FPS |
Storage | 1 TB PCIe Gen 4 NVME SSD. 2.4GB/sec uncompressed. 4.8 GB/sec compressed | 512 GB PCIe Gen 4 NVME SSD. 2.4GB/sec uncompressed. 4.8 GB/sec compressed |
Expandable Storage | 1 TB Expansion Card (matches internal storage exactly) | 1 TB Expansion Card (matches internal storage exactly) |
Backward Compatibility | “Thousands of Xbox One, and backward-compatible Xbox 360 and original Xbox games available at launch. Xbox One gaming accessories are backward-compatible as well” | “Thousands of Xbox One, and backward-compatible Xbox 360 and original Xbox games available at launch. Xbox One gaming accessories are backward-compatible as well” |
Disc Drive | 4K UHD Blu-ray | Digital Only |
Display Out | HDMI 2.1 | HDMI 2.1 |
MSRP | RM2199 | RM1499 |
“Akan ada beribu-ribu permainan video untuk cuba, yang merangkumi empat generasi, ketika Xbox Series X dilancarkan secara global pada bulan November ini dan lebih daripada 100 permainan tersebut telah dioptimumkan untuk Xbox Series X, yang dibina untuk memanfaatkan sepenuhnya konsol kami yang paling kuat. Dengan ciri baru seperti Direct X raytracing, framerate hingga 120 FPS, load time yang lebih cepat, dan Quick Resume untuk beberapa permainan video, bermain akan kelihatan dan terasa lebih baik, tidak kira permainan video mana yang anda pilih pada hari pertama.” -Will Tuttle, Ketua Editor Xbox Wire.
Jika ada duit lebih, pembeli Xbox Series X akan mendapat sistem dengan prestasi yang lebih baik, dan kemampuan untuk memainkan game fizikal. Walau bagaimanapun, mereka yang kurang mementingkan game fizikal dan ingin menjimatkan duit boleh memilih Xbox Series S. Sudah tentu, jika semua murah dan mengikut bajet, anda boleh membeli Xbox X/S dan PS5 sekaligus tahun ini. Rancang lah elok-elok.
Jadi apa lagi yang anda tunggu? Dapatkan konsol Xbox Series X berharga RM2199.00 atau Xbox Series S berharga RM1499.00 di Impulse Gaming Johor Bahru Branch, Impulse Gaming Sunway Branch & Impulse Gaming Penang Branch atau terus pre-order di Shopee Impulse Gaming!
Anda boleh melihat semua liputan Xbox kami di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post