Tarikh untuk Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order telah pun diumumkan dan ianya sangat bertepatan kerana tarikh tersebut adalah ketika San Diego Comic-Con.
Game Action RPG ini adalah sambungan yang hanya diterbitkan lebih sedekad, akan berada di Nintendo Switch pada 19 Julai ini. Dengan Team Ninja sebagai pembangun dan Nintendo sebagai penerbit, sudah tentu ianya hanya untuk Switch. Untuk siri sebelumnya, ianya telah dibangunkan oleh Activision Studios, Raven Software dan Vicarious Visions dan boleh dimainkan di semua platform pada masa tersebut.
Marvel Ultimate Alliance 3 telah dipertontonkan kepada orang ramai ketika The Game Awards 2018 pada Disember lalu dan telah mengujakan ramai pihak. Game ini bakal menampilkan adiwira daripada Defenders, X-Men, Avengers dan Guardians of the Galaxy; beserta adiwira lain. Mereka akan menentang The Black Order yang ada kaitan dengan Thanos yang dianggotai oleh (antaranya) Green Goblin dan Sandman.
Setakat ini 27 orang adiwira telah pun disahkan untuk game ini. Sebagai rujukan, Marvel Ultimate Alliance 2 memiliki 95 adiwira jika dikira untuk semua platform; beserta adiwira ekslusif untuk platform tertentu.
Game ini bakal dijual secara fizikal dan di Nintendo eShop. Ia merupakan game Marvel pertama yang akan diterbitkan oleh Nintendo.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post