Mortal Kombat 11 bakal berada di pasaran untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada 23 April ini diseluruh dunia (buat masa ini) kecuali di Indonesia. Ini disahkan oleh WB Games Support menerusi akaun Twitter mereka:
Mortal Kombat 11 will not be released in the Indonesian market to ensure that we are compliant with local laws within that country. Our decision may be further reviewed at a later date. We appreciate your understanding.
— WBGames Support (@WBGamesSupport) April 17, 2019
Menariknya, WB Games tidak memberitahu secara spesifik undang-undang yang tidak dipatuhinya. Ini mungkin tidak hairan kerana sebuah game seganas Mortal Kombat sudah tentu akan mendapat larangan di mana-mana negara. Setakat ini di Malaysia, tiada sebarangan larangan di hebahkan.
Ini telah diikuti dengan pelbagai komen yang rata-rata datang daripada rakan gamers kita di Indonesia, antaranya adalah apakah nasib mereka yang telah membuat pra-tempahan menerusi PS Store. Selain itu terdapat juga komen-komen negatif kepada WB Games, juga komen-komen yang tidak enak dibaca.
Daripada reddit pula, seorang gamer dari Jerman mengatakan mereka juga memiliki peraturan berkenaan video game yang sangat ketat; tetapi game ganas boleh menembusi pasaran dengan melabelkannya sebagai “18 Only”.
Ini adalah salah satu penanda aras bagi gamer dan industri game di Indonesia, diharapkan keadaan boleh di tambah baik di sana.
Bersabarlah gamers Indonesia, kami bersama anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post