Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marketing GTA VI Akan Bermula Pertengahan 2026, Jamin Tiada Penangguhan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Marketing GTA VI Akan Bermula Pertengahan 2026, Jamin Tiada Penangguhan!
Share on FacebookShare on Twitter

Take-Two Interactive, syarikat induk Rockstar Games, mengesahkan bahawa tempoh marketing untuk Grand Theft Auto (GTA) VI akan mula dengan rancak musim panas ini (sekitar Jun-Ogos) bagi membuka jalan kepada pelancaran pada 19 November.

Pengumuman itu dibuat semasa laporan pendapatan S3 2026 Take-Two pada 4 Februari.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi bersama IGN, Take-Two menyifatkan prestasi mereka sepanjang tahun fiskal 2026 sebagai “luar biasa.” Walau bagaimanapun, tumpuan sebenar kini beralih kepada tahun fiskal 2027… tahun yang dipercayai akan menjadi “groundbreaking” bagi seluruh industri.

Keyakinan ini bersandarkan sepenuhnya pada tarikh pelancaran GTA VI pada 19 November, dengan kempen promosi rasmi dijadualkan bermula dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Bagi peminat yang bimbang dengan isu penangguhan game, CEO Strauss Zelnick memberikan jaminan. Apabila ditanya sejauh mana keyakinannya bahawa game tersebut akan menepati tarikh akhir November ini, Zelnick menjawab tanpa ragu, “Saya berasa yakin. Sangat yakin,” katanya kepada IGN.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menamatkan khabar angin di internet mengenai cara game tersebut akan dijual. Sebelum ini, ada ura-ura bahawa Rockstar mungkin mengutamakan pelancaran digital-only dan menangguhkan pengeluaran cakera fizikal ke tarikh lain.

Zelnick memberitahu Variety secara terus terang bahawa khabar angin itu tidak berasas. “Itu bukan rancangan kami,” tegas beliau, sekali gus menjamin bahawa mereka yang lebih gemar memiliki koleksi fizikal boleh mendapatkannya pada hari pertama pelancaran.

Dengan tempoh marketing musim panas yang kini disahkan, para peminat boleh menjangkakan pelbagai trailer, imej, dan gameplay baharu yang akan mula didedahkan dalam beberapa bulan akan datang.

Grand Theft Auto VI akan dilancarkan pada 19 November untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

Nijigen Expo 2026 Sambut Ulang Tahun Ke-10 Di MITEC, Skala Lebih Besar Tetapi Harga Tiket Kekal Sama!

Next Post

Pembangunan Borderlands 4 Untuk Switch 2 Dihentikan Sementara – Ingin Fokus Versi PS5, Xbox & PC Dahulu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Pembangunan Borderlands 4 Untuk Switch 2 Dihentikan Sementara – Ingin Fokus Versi PS5, Xbox & PC Dahulu

Pembangunan Borderlands 4 Untuk Switch 2 Dihentikan Sementara - Ingin Fokus Versi PS5, Xbox & PC Dahulu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd