Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangunan Borderlands 4 Untuk Switch 2 Dihentikan Sementara – Ingin Fokus Versi PS5, Xbox & PC Dahulu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2026
in Artikel, Berita, BL4, Nintendo Switch 2, Shooter
0 0
0
Pembangunan Borderlands 4 Untuk Switch 2 Dihentikan Sementara – Ingin Fokus Versi PS5, Xbox & PC Dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam laporan kewangan suku ketiga 2026, Take-Two Interactive mengesahkan bahawa pembangunan versi Nintendo Switch 2 bagi Borderlands 4 telah dihentikan buat sementara waktu.

Asalnya, Take-Two telah menjadualkan pelancaran bagi Switch 2 pada 3 Oktober 2025 (iaitu kurang sebulan selepas pelancaran sulungnya). Bagaimanapun, selepas penangguhan saat akhir ke satu tarikh yang tidak didedahkan pada tahun lalu, projek tersebut kini telah ditangguhkan tanpa tempoh masa yang ditetapkan.

Greetings, Vault Hunters – We need to share that the release of Borderlands 4 on Nintendo Switch 2 is being delayed. We do not take this decision lightly, but are committed to ensuring we deliver the best possible experience to our fans, and the game needs additional development…

— Borderlands (@Borderlands) September 23, 2025

Dalam satu kenyataan kepada Variety, jurucakap Take-Two, Alan Lewis, menjelaskan bahawa syarikat itu kini mengalihkan sumber mereka kepada versi game yang telah pun dilancarkan secara rasmi.

“Kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menghentikan sementara pembangunan pada SKU tersebut,” kata Lewis. “Fokus kami kekal untuk memberikan post-launch content yang berkualiti kepada pemain serta penambahbaikan berterusan untuk mengoptimumkan game tersebut.”

Nampaknya Gearbox Software kini sedang mengutamakan high-end hardware. Sejak pelancarannya pada September lalu, game ini telah menerima beberapa kemas kini besar yang bertujuan untuk penstabilan prestasi dan pelancaran gelombang pertama seasonal content.

Nampaknya cabaran teknikal untuk mengurangkan skala pengalaman game tersebut bagi perkakasan baru Nintendo terbukti menjadi tugas yang lebih besar daripada apa yang mampu ditangani oleh studio itu bersama roadmap semasa mereka.

Meskipun ini berita buruk buat peminat Borderlands yang ingin bermain judul ini secara on-the-go, Take-Two menegaskan bahawa hubungan mereka dengan Nintendo masih kekal kukuh. Pihak penerbit itu segera menyatakan bahawa judul-judul besar yang lain masih berada di landasan yang betul untuk platform baharu tersebut.

“Kami terus bekerjasama rapat dengan rakan kami di Nintendo,” tambah Lewis. “Kami akan melancarkan PGA Tour 2K25 dan WWE 2K26 [untuk Switch 2], dan kami amat teruja untuk membawakan lebih banyak judul kami ke platform tersebut pada masa hadapan.”

Tags: Borderlands 4Nintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Marketing GTA VI Akan Bermula Pertengahan 2026, Jamin Tiada Penangguhan!

Next Post

Digimon Adventure 25th Anniversary Exhibition – Senarai Penuh Merchandise Termasuk Harga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Digimon Adventure 25th Anniversary Exhibition – Senarai Penuh Merchandise Termasuk Harga!

Digimon Adventure 25th Anniversary Exhibition - Senarai Penuh Merchandise Termasuk Harga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd