Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manhwa popular Solo Leveling dan lain-lain dicetak rompak dalam bahasa melayu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Tempatan
0 0
0
Manhwa popular Solo Leveling dan lain-lain dicetak rompak dalam bahasa melayu!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah organisasi Malaysia bernama 77 Manga – Bahasa Melayu yang mencetak rompak banyak siri manga dan manhwa popular termasuk Solo Leveling, Dragon Ball Super, Kingdom dan lain-lain telah dikesan beberapa hari lepas. Organisasi ini dijumpai oleh pengguna Twitter dakarane_ di halaman sosialnya di mana berkongsi tentang kegiatan mereka. Malangnya, ini bukanlah kes pertama di Malaysia yang berkaitan dengan pelanggaran hak cipta karya manga Jepun.

Setiap karya telah diterjemahkan dalam bahasa melayu dan dikumpulkan dalam bentuk fizikal. Daripada menjual isu per isu, 77 Manga – Bahasa Melayu menjualnya secara jilid. Setiap jilid yang dicetak rompak pula berharga pada nilai berbeza. Sebagai contoh, Solo Leveling dijual pada RM50 manakala siri seperti Dragon Ball Super (Color) dijual pada RM40.

Bagi mereka yang tidak tahu apa maksud cetak rompak manga/manhwa, ini adalah petikan daripada wikipedia:

Scanlation ialah hasil proses pengimbasan, terjemahan, suntingan dan pengedaran komik daripada bahasa asing kepada bahasa ibunda pengedar. Istilah ini paling kerap digunakan pada komik Jepun (manga), Korea (manhwa), dan Cina (manhua). Scanlation lazimnya diedarkan secara percuma melalui internet, sama ada melalui muat turun terus, BitTorrent atau IRC. Perkataan scanlation ialah gabungan perkataan scan (imbas) dan translation (terjemahan).

Kegiatan ini telah dilaporkan kepada Tappytoon Comics, Yen Press, dan D&C Webtoon oleh dakarane_  tetapi masih tidak ada berita lanjut jika ada apa-apa respon. Beberapa bulan lepas, laman kissanime dan mangakiss juga telah ditutup selepas menerima tindakan oleh pihak bertanggungjawab, jadi anda boleh bayangkan betapa seriusnya isu ini.

https://twitter.com/dakarane_/status/1316624688987033601

Mengapa perkara ini berlaku?

Sebagai tambahan kepada kumpulan yang mengeluarkan scanlation bagi komik yang tidak dikeluarkan di negara asal mereka, terdapat juga kumpulan yang mengeluarkan terjemahan komik yang sudah ada di pasaran. Dalam sesetengah kes, ia disebabkan penapisan keterlaluan sehingga menjejaskan kandungan komik, ataupun kekurangan pengeluaran judul komik tersebut. Dalam kes yang lain pula, kumpulan scanlation sekadar mencetak rompak keluaran komersial komik, mengimbasnya dan seterusnya mengedarkannya secara percuma. –wikipedia.

Semoga perkara ini tidak menimbulkan isu yang besar kerana saya hanya berharap ia tidak mempengaruhi imej Malaysia pada seluruh dunia. Apa pendapat anda? Mari kongsi di ruang komen.

Tags: 77 Manga - Bahasa MelayuCetak rompakDragon Ball SuperMalaysiamangamanhwaSolo Leveling
Previous Post

Nikmati permainan Indie di mana sahaja pada bila-bila masa di BIC Festival 2020!

Next Post

Jadual penuh BIC Festival 2020! Penuh dengan aktiviti & acara menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Jadual penuh BIC Festival 2020! Penuh dengan aktiviti & acara menarik!

Jadual penuh BIC Festival 2020! Penuh dengan aktiviti & acara menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd