Anime cetak rompak telah menjadi sebahagian daripada fandom dunia selama beberapa dekad, tetapi salah satu sumber terbesarnya telah ditutup pada hujung minggu lalu. KissAnime dan KissManga telah dihapuskan beberapa hari lepas, dan tindakan itu membuatkan peminat di seluruh dunia terkejut. Sempena itu, Anime News Network melakukan kajian mendalam terhadap reaksi komuniti, dan hasilnya menunjukkan bahawa peminat Asia Tenggara terutamanya Malaysia amat dipengaruhi oleh berita penutupan KissAnime dan Kissmanga.
ANN mengadakan tinjauan sejurus selepas kedua-dua laman web tersebut ditutup. Ketika membincangkan bersama pengguna Malaysia, seramai 67.49% mengatakan bahawa mereka marah atau sedih dengan penutupan laman. Jika dibandingkan bersama pengguna Amerika Syarikat, hanya 33.89% yang menjawab mereka marah.
Perkara yang membezakannya lagi adalah responden Amerika Syarikat lebih gembira dengan penghapusan laman web tersebut. Itu dibandingkan dengan hanya 7.69% pengguna Malaysia yang merasa gembira dengan perubahan. Negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina juga terkesan teruk oleh penutupan KissAnime dan Kissmanga dengan jumlah nilai 57.62% pengguna Filipina yang tidak gembira.
Menurut laporan ANN, respon ini ialah data yang dikumpulkan daripada peminat. Jika ramai tertanya mengapa jawapan antara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat sangat berbeza, ia mungkin disebabkan oleh aspek katalog anime dan kemudahan akses.
Di Asia Tenggara, kita ada pilihan untuk menonton anime secara sah. Masalahnya timbul dengan berapa banyak anime yang ditawarkan. Aniplus-Asia mempunyai perkhidmatan yang menawarkan sekitar 250 anime. Jumlah ini sebenarnya amat sedikit berbanding dengan katalog yang ditawarkan di A.S. kerana terdapat lebih daripada 1,000 anime di Crunchyroll. Jika anda masih ingat katalog KissAnime yang besar, padan lah peminat rindu KissAnime.
Buat masa ini, ramai ingin pihak bertanggungjawab mengutamakan servis-servis yang kurang mendapat akses. Syarikat-syarikat besar seperti Funimation dan Crunchyroll mempunyai penonton antarabangsa, tetapi perlesenan mereka boleh pergi sejauh mana. Ketika Jepun memerangi isu cetak rompak, ia amat sukar untuk mengetahui siapa yang akan memberikan servis yang lebih baik kepada komuniti anime.
Apa pendapat anda tentang laporan data ini? Bagaimana ia mempengaruhi pengalaman anime anda? Mari berkongsi dengan saya di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post