Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Attack on Titan tahap gergasi memecahkan rekod dunia untuk komik terbesar di dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik, Manga
0 0
0
Manga Attack on Titan tahap gergasi memecahkan rekod dunia untuk komik terbesar di dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Attack on Titan bermula pada tahun 2009, dan akhirnya akan tamat pada bulan depan apabila bab terakhirnya keluar dalam majalah Bessatsu Shonen terbitan 9 April. Tempoh penerbitan selama 12 tahun adalah pencapaian yang mengagumkan dalam dunia manga moden, tetapi rupanya lebih banyak daripada apa yang dibayangkan oleh pencipta, Hajime Isayama.

Sudah tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada kisah Eren dan kawan-kawan gergasinya. Oleh itu, sebagai penghormatan kepada salah satu manga paling hebat pada sedekad yang lalu, penerbit Kodansha akan mencetak buku komik terbesar sepanjang masa.

Seperti gergasi di dalam jalan cerita, buku ini menepati syarat namanya kerana merupakan manga yang boleh dibaca oleh warga-warga Titan! Secara khusus lagi, skala itu sesuai dengan tangan protagonis, Eren, dalam bentuk Attack Titan-nya yang setinggi 15 meter (49 kaki). Berikut adalah perbandingan antara manga biasa Attack on Titan dan versi gergasinya sebagai rujukan:

Manga gergasi ini, bersama dengan penutupnya, berukuran 101cm (3.3 kaki) dengan lebar 71.5cm, yang menurut Kodansha adalah lebih besar daripada pemegang Guinness World Records semasa untuk rekod buku komik terbesar. Manga gergasi ini mengandungi dua bab pertama Attack on Titan, tetapi jangan awak membacanya ketika berbaring di katil, kerana manga ii mempunyai berat sebanyak 13.7kg.

Manga Attack on Titan sentiasa laris, tetapi Kodansha menyedari bahawa ini adalah sesuatu yang hanya peminat tegar sahaja suka, jadi hanya 100 salinan manga Attack on Titan versi gergasi yang akan dicetak pada nilai harga 150,000 yen (anggaran RM5,642.81).

Pra-pesanan boleh dibuat di SINI melalui kedai dalam talian Kodansha bermula 6 Mac, manakala penghantaran akan dibuat pada bulan Mei ini. Untuk peminat yang memang berminat untuk beli, jangan terlepas peluang ini! Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.

Sumber – PR Times

Tags: Attack on TitanHajime IsayamaKodanshakomikmangarekod
Previous Post

Diablo 2: Resurrected boleh import save data dari game asli!

Next Post

Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”

Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu "Crunch"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd