gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”

Apa yang terjadi dengan Crunch ini memberi impak terhadap studio tempatan kita

Nyny.A by Nyny.A
March 5, 2021
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Game, Tempatan
0 0
0
Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kita dapat melihat banyak studio tempatan tidak kira di Malaysia atau di Asia Tenggara yang berkerja di bawah pembangunan projek besar permainan dari studio luar negara. Antara salah satu nama yang sering didengari adalah Lemon Sky Studio yang sebelum ini turut dalam projek pembangunan Spider-Man, Demon’s Souls, The Last of Us Part II dan banyak lagi. Kali ini, kami ingin mengongsikan sebuah dokumentari yang telah dipost oleh siaran YouTube People Make Games, membincangkan mengenai “crunch” di studio penyumberan luar. Ini adalah untuk lebih memahami bagaimana penerbit permainan AAA mendapat keuntungan daripada orang lain yang melakukan projek mereka di luar negara.

Apa sebenarnya yang terjadi pada isu Crunch?

Saluran ini telah membongkar pekara tersebut dari perkongsian bekas perkerja Lemon Sky Studios dan juga studio offshoot dari Indonesia, iaitu Brandoville dalam perbincangan ini. Anda boleh tonton dokumentari ini dibawah yang dihoskan oleh Chris Bratt ;

Chris, turut menerangkan bagaimana studio-studio luar ini cuba untuk tidak memberi “crunch” atau pekerjaan lebih masa kerana tarikh akhir yang mendekati. Dikatakan juga tiada pampasan bagi yang kerja melebihi masa sehingga 60-70 jam seminggu seperti yang ditentukan.

“Apa yang saya dapati malangnya adalah satu lagi contoh industri permainan yang mendapat keuntungan daripada jumlah tenaga kerja yang tidak dibayar. Saya telah bercakap dengan orang yang telah bekerja 70 jam seminggu selama berbulan-bulan walaupun mereka hanya dibayar selama 40, tinggal di pejabat hingga lewat malam dan pada hujung minggu untuk mengejari tarikh akhir yang tidak realistik.”- Chris

Chris turut menyatakan bahwa di Malaysia kini mempunyi undang-undang yang menyatakan pekerja lebih masa perlu dibayar dengan kadar tidak kurang dari satu setengah kali kadar gaji setiap jam mereka. Tetapi malangnya ia tidak berlaku di sini, “Seperti yang dikongsikan pekerja lain, semua kerja lebih masa yang mereka lakukan di studio mereka, yang mana ia adalah satu jumlah yang besar, mereka hanya pernah diminta untuk melakukannya secara rasmi sekali”.

Perkongsian dari bekas/pekerja Lemon Sky Studios

Perbincangan ini lebih kepada pekerja yang terasa sangat mendapat tekanan dalam kerja ini sehingga tersiksa mengawal mentaliti, dan ada juga yang terasa hanya dipergunakan oleh majikan mereka. Pekara ini sebenarnya tidak akan terjadi jika pemaju pada asalnya memberi tugasan yang setimpal, bayaran yang mencukupi, tarikh akhir yang terkawal dan sebagainya. Pemaju ini  sebenarnya memerlukan studio luar untuk kerja lebihan seperti penggerakan motion capture dalam permainan, atau skillset atau studio utama kini tangan penuh dan tidak dapat menyelesaikan semua tugas.

“Biasanya waktu kerja biasa adalah 8 jam sehari, tetapi secara terus terang, saya akan sangat beruntung jika dapat kembali dan berehat tepat pada waktunya. Saya sering bekerja selama 12+ jam, biasanya hingga jam 3-4 pagi, dan saya juga perlu kembali bekerja pada hujung minggu berkali-kali. ”

“Sekiranya projek tidak berjalan lancar pada hujung minggu, Anda harus kembali mengejar yang ketinggalan. Selama hari kerja, Anda juga harus O.T, hingga tengah malam.”

“Setiap orang sangat tertekan. Saya mempunyai rakan yang menangis ketika bekerja di bilik air kerana dia tidak dapat mengatasinya. Dan ada rakan lain yang hanya tidur 3 jam, dan pada dasarnya pulang hanya untuk mandi.”

“Selama O.T terpanjang, saya akan tinggal sehingga jam 5:00 pagi pada waktu yang jarang berlaku, saya selalu melihat orang yang sama melakukan O.T juga. Dan ada di antara mereka yang sudah bekerja selama 10 tahun dan membuat saya tertanya-tanya masa depan saya akan serupa”

Jadi berikut adalah keluhan dari beberapa perkongsian “yang dirahsiakan identiti” dari pekerja serta bekas pekerja Lemon Sky Studios.  

“Itu masalahnya, studio tidak pernah memintanya. Disebabkan itu, mereka tidak perlu membayar OT kami. Tetapi kami tidak diberi cukup waktu untuk menyelesaikan tugas kami ”, kata sumber tersebut juga. “Sekiranya kita bekerja lebih masa, hanya kerana kita “lambat” dan perlu “mengejar ketinggalan”. Selalu salah perkerja sendiri jika tidak sempat menyelesaikan tugasan mereka.

Ada juga pekerja yang menyatakan kerja lebihan masa ini seperti peraturan yang tidak diucapkan di studio tersebut, jadi itu ibarat jangkaan yang tetap untuk berkerja sehingga berjam-jam. Anda bayangkan sehingga ada perkongsian oleh salah seorang animator 3D menyatakan mereka berkerja sehingga 70jam sampai mencecah 50 jam untuk sesuatu projek. Itu ibarat bekerja 8 jam sehari setiap hari dalam seminggu, jika minggu anda panjang sehingga 9 hari dan idea anda untuk berhujung minggu adalah satu hari dengan 2 jam kerja lebih sedikit seperti di “Warcraft Reforged”.

Sebenarnya pembayaran gaji tetap bulanan di Lemon Sky Studio bukan menjadi sebarang masalah, seperti gaji pekerja junior RM2500-3000. Walau bagaimanapun, hampir semua orang yang dibicarakan bersama Chris mengatakan bahawa “tidak ada jalan yang jelas di dalam syarikat untuk kenaikan pangkat” dan dengan itu peranan yang lebih senior mendapat kumpulan gaji yang lebih tinggi. Hasilnya, pergantian kakitangan yang besar setiap tahun di Lemon Sky kerana lulusan baru muda yang baru bekerja dan berpotensi habis hanya bertahan dalam beberapa tahun.

Kita tahu bahawa studio Lemon Sky sangat terkenal dengan tugasan mereka dalam projek pembangunan permainan AAA. Tetapi menurut perkongsian sumber, “salah satu masalah adalah menjaga keadaan kerja yang buruk ini adalah bagaimana mereka membina portfolio pelanggan yang luas.”

“Untuk menarik pelanggan Triple-A, seperti Activision-Blizzard, anda perlu mengatakan “Saya mempunyai 100-150 orang dan kami dapat melakukan ini dalam kebanyakkan waktu'”, kata mereka. “Itu membawa anda ke peluang mendapat projek tersebut dan selepas itu anda merundingkan titik harga projek tersebut. “Selalunya, penjadualan artis adalah bahagian yang akhirnya terhimpit”.

Chris juga menyatakan ianya saama juga terjadi pada studio Brandoville di Indonesia. Pekara yang sama terjadi sehingga peluang untuk mengambil cuti juga terpasa diketepikan akibat kekangan projek yang diperlukan dalam waktu yang singkat.

Bukan itu sahaja, ada juga isu salah faham yang terjadi turut dikongsikan mereka. “Anda agak mengecewakan saya. Rakan anda selalu bertengkar setiap hari untuk pasukan, dan anda bekerja dengan kami tidaklaj lama untuk mengetahui budaya dan standardnya.”

Motif yang dinyatakan CHris adalah bahawa ini bukanlah kisah hanya salah satu studio yang jahat di dalam industri, melainkan bahawa ia adalah masalah sistemik dalam industri pada umumnya. Syarikat-syarikat awam yang membuat permainan dengan suka rela akan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah sehingga pada akhirnya, tindakan studio utama berada di luar bidang tanggungjawab mereka.

Dokumentari ini turut dipersetujui ramai pihak terutama dalam perkongsian Chris sendiri di laman Twitter dan Redditnya. Antara perbualan pembaca seperti:

Over the last month I've interviewed 19 employees from outsourcing studios in SE Asia who've provided artwork for SO MANY games you've played.

Here's our story on how AAA game publishers profit from other people doing their crunch overseas:https://t.co/WUvCncHP6g pic.twitter.com/qjSHKouM1s

— Chris Bratt (@chrisbratt) March 4, 2021

“Sayangnya memang biasa di Malaysia. Walaupun hanya melalui jam tangan, tetapi ada juga syarikat lain di Malaysia yang melakukan perkara yang sama. Harus menyaksikan beberapa rakan artis saya menderita banyak OT dan tekanan bekerja di sini.” – Twitter @EdisonNew1

“Banyak permainan AAA diserahkan ke wilayah kami, dan kami tahu mengapa; kami adalah pilihan yang lebih murah dan lebih pantas. Permainan dibuat dengan mengorbankan nyawa orang atau satu-satunya kelebihan adalah nama anda dalam kredit, walaupun itu tidak dijamin. Namun, ia masih merupakan amalan yang dimuliakan dan diraikan. “, -Lee Ying Foo, pengasas bersama WiGout Malaysia

“Berlaku setiap hari untuk setiap industri lain yang menggunakan pihak ketiga untuk menyelesaikan kerja. Saya dapat memberitahu anda dari pengalaman langsung bahawa kami mempunyai sasaran khusus untuk dicapai dan jika kami terpaksa bekerja OT untuk memukulnya, kami akan membayar, syarikat yang membayar kami akan membayar OT.” – Reddit Bionic0n3

Kami telah pun menghubungi Lemon Sky Studios untuk memberikan sebarang komen mengenai dokumentari lagi-lagi dalam permasalahan ini. Tetapi masih tiada sebarang jawapan kepada kami atau sebarang komen tersebut di laman Youtube atau Twitter Chris Bratt. Kami akan kemaskini jika ada sebarang perkongsian terus dari Lemon Sky Studios.


Secara rasmi, Lemon Sky Studios kenyataan rasmi mereka sebentar tadi;

Shah Alam, Malaysia – 5 Mac 2021 – Kami mematuhi semua undang-undang pekerjaan Malaysia yang berkaitan dengan waktu kerja, dan terma dan syarat kontrak dengan pekerja kami. Tuduhan yang dibuat terhadap Lemon Sky Studios mengenai pembayaran lebih masa secara fakta dan undang-undang adalah tidak tepat. Kedudukan ini berlaku untuk semua pekerja Lemon Sky Studios (termasuk bekas pekerja).

Kami menghargai usaha pekerja kami dan mementingkan kesejahteraan dan kesihatan mental pekerja. Selain menjalankan perniagaan yang beretika dan mematuhi amalan industri standard, kami telah melangkah lebih jauh untuk mewujudkan persekitaran terbuka dan holistik di mana pekerja kita mempunyai akses kepada peluang rekreasi dan ruang di mana kesihatan mental mereka diberi keutamaan.

Oleh itu, kami terkejut kerana tuduhan seperti itu ditujukan kepada Lemon Sky. Seperti dalam situasi di mana tuduhan dibuat, pihak pengurusan akan mengambil tindakan sewajarnya sebagai tindak balas. Ini akan merangkumi proses untuk mendapatkan maklum balas daripada SEMUA pekerja kami mengenai masalah masing-masing. Kami tetap teguh dalam usaha untuk Membuat Seni Terbaik dan kami akan terus melakukannya semasa kami berkembang dan bertambah baik.

Jadi berikut adalah kenyataan yang baru diterima kami untuk isu Crunch ini, apa pendapat anda? Harap tiada yang terasa hati dan selsaikan perkara ini secepat mungkin.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: BrandovilleLemon Sky StudioPeople Make Games
Previous Post

Manga Attack on Titan tahap gergasi memecahkan rekod dunia untuk komik terbesar di dunia!

Next Post

MOBA Pokemon Unite kini boleh muat turun melalui aplikasi TapTap!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Walking Dead: Survivors kini dilancarkan secara global
Android

The Walking Dead: Survivors kini dilancarkan secara global

April 13, 2021
Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!
Anime

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

April 13, 2021
Tim Sweeney menjawab isu kerugian besar Epic Games dari penjualan permainan eksklusif
Artikel

Tim Sweeney menjawab isu kerugian besar Epic Games dari penjualan permainan eksklusif

April 12, 2021
Next Post
Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”

MOBA Pokemon Unite kini boleh muat turun melalui aplikasi TapTap!

Discussion about this post

Facebook Kami

ANIME

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

by Nyny.A
April 13, 2021
0

Agak lama ramai peminat yang menantikan filem aksi langsung siri anime yang paling disukai di seluruh dunia iaitu Gundam. Ianya...

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

by Razin Syafiq
April 12, 2021
0

Adaptasi anime untuk karya terbaru Hiro Mashima, Edens Zero, adalah salah satu anime yang paling dinantikan pada tahun ini kerana...

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

by Nyny.A
April 12, 2021
0

Siapa sahaja yang tidak tahu Transformer, dari siri animasi sehingga kit model yang tidak pernah terhenti Hype-nya di serata dunia. Dari makhluk...

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

by Razin Syafiq
April 9, 2021
0

Selepas 11 tahun dan tujuh bulan, manga Attack on Titan oleh Hajime Isayama akhirnya berakhir. Dinamakan "Final Chapter: Toward the...

  • Tentang Kami
  • Sertai Gamer Santai
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In