Sebelum ketibaan Internet, hiburan pada zaman kecil saya sebenarnya tidak banyak dan bukan mudah untuk diakses seperti sekarang. Jadi setiap bulan, saya akan mengumpulkan majalah Gempak yang mempamerkan komik dan info khusus daripada artis/pelukis Malaysia. Saya rasa ramai yang kenal siri Under 18, Lawak Kampus, Gengkey, dan lain-lain. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Gempak sebenarnya telah berhenti menerbitkan majalah fizikal dan berpindah ke portal digital dalam talian yang bernama Gempak KGS. Ini adalah untuk menepati peralihan teknologi bagi hiburan
Sejak mula diterbitkan pada tahun 1998. GEMPAK™ adalah portal info-komik berbahasa hasil produksi Melayu Kadokawa Gempak Starz untuk peminat anime, komik dan permainan. Sarat dengan siri komik menarik, berita tentang animasi, komik, permainan, filem dan mainan serta laporan eksklusif persidangan ACG tempatan dan antarabangsa, portal GEMPAK™ menyediakan berita terkini kepada peminat.
TERUS SETIA BERSAMA GEMPAK STARZ!
Walaupun kipas-susah-mati sedia maklum bahawa PORTAL MAJALAH GEMPAK™️ bakal…
Posted by GEMPAK STARZ on Thursday, November 12, 2020
Malangnya, mereka mengumumkan bahawa Gempak KGS ditutup pada 30 November 2020. Berikut adalah kata-kata rasmi daripada portal:
Minta perhatian kipas-susah-mati sekalian! Buat pengetahuan semua, majalah komik GEMPAK™ mula diterbitkan pada tahun 1998 dan sampai sekarang setelah lebih 2 dekad dan kini berubah versi ke majalah dalam talian rasmi GEMPAK KGS™, kitorang kekal hiburkan para pembaca setia semua dengan bermacam infomasi mengenai persada dunia; komik, animasi, permainan, mainan serta berita-berita hangat semasa.
Kini, dengan berat hati dan dukacita dimensi yang portal portal serta menarik anda, GEMPAK KGS™ tidak dapat diteruskan lagi dan akan ditamatkan perkhidmatan mulai 30 November 2020. Harap maklum!
Kitorang sebagai tulang belakang dan tenaga di sebalik tabir dibarisi; Harry, Zira, Puteri (penulis / jurnalis) dan Fey (penyunting) pertama kali ingin meminta maaf ada yang tersilap laku atau terlanjur kata dan juga ingin ucapkan beribu-ribuan terima kasih atas segala sesuatu yang anda buat selama ini.
Walau bagaimanapun, saluran YouTube rasmi mereka Gempak 360 akan tetap beroperasi seperti biasa, jadi sekurang-kurangnya peminat Gempak masih mempunyai kandungan yang dinantikan.
Tapi bukan segalanya berita buruk kerana halaman YouTube rasmi GEMPAK™ 360° masih lagi beroperasi seperti biasa untuk membawa macam-macam segmen istimewa buat peminat. Anda semua boleh layari ke GEMPAK™ 360° sekarang dan terus menyokong mereka.
Sebagai sesuatu yang memegang nilai sentimental kuat dalam diri, saya merasa sedih bagi permergian Gempak tapi ini mungkin boleh jadi titik perubahan yang menarik, dan saya tidak sabar untuk melihat masa depan mereka. Apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!
Sumber – GEMPAK™
@gamersantaimy
Discussion about this post