Peminat PUBG dan anime pasti akan seronok kerana kita akhirnya mendapat pengesahan rasmi bahawa PUBG Mobile dan Dragon Ball Super akan memulakan kolaborasi mereka dalam Update 2.7 akan datang. Apabila gameplay battle royale popular bergabung dengan siri anime/manga paling popular dalam sejarah, pelbagai kandungan menarik menanti anda seperti lokasi baru, skin milik watak, dan acara khas.
Sempena itu, PUBG Mobile telah melancarkan trailer istimewa yang anda boleh tonton di bawah:
Secara am, inilah rancangan PUBG Mobile untuk kolaborasi Dragon Ball Super dalam Update 2.7 seperti yang dikongsikan di Twitter.
- Mode Bertema (13 Julai – 4 September)
- Battle Royale Dragon Ball Super (15 Julai – 4 September)
- Skin, Companion, senjata dan item eksklusif(14 Julai – 4 September)
- Acara kolaborasi dalam permainan (14 Julai – 4 September)
- Lebih banyak Skin Eksklusif (11 Ogos – 4 September)
Pertama sekali, PUBG Mobile akan menampilkan peta kecil 1.6 x 1.6 di mana pemain akan bertarung di pelbagai kawasan bertemakan Dragon Ball. Apabila jatuh di medan perang, anda boleh meneroka pelbagai tempat ikonik daripada siri ini seperti Aru Village, Tenkaichi Budokai, Kame House, dan banyak lagi. Setiap lokasi mempunyai keunikan, kelebihan, dan kekurangan tersendiri – jadi terpulang untuk pemain menentukan cara terbaik bagi memanfaatkan kawasan.
Selain itu, kemahiran bertema khas turut akan tersedia untuk digunakan oleh pemain. Setakat ini, hanya Kamehameha (skil ikonik milik Goku) telah didedahkan tetapi ramai juga menyangka bahawa Final Flash milik Vegeta juga akan tampil sekali. Sebagai jurus yang kuat, Kamehameha sepatutnya dapat mengalahkan pihak lawan dengan serta mudah dan merupakan kelebihan yang pasti semua orang akan rebut.
Seterusnya, beberapa item khas akan ditambah dalam game. Buat masa ini, yang disahkan adalah hovercar Dragon Ball (kemungkinan besar adalah kenderaan baru atau skin bagi kenderaan), Senzu Bean untuk memulihkan nyawa, dan Dragon Radar (yang mungkin digunakan untuk mencari mutiara naga dalam acara khas).
Akhir sekali dan yang paling penting sekali adalah outfit/skin istimewa Dragon Ball Super dalam PUBG Mobile! Membolehkan kita untuk bertukar menjadi wira kegemaran daripada siri anime, PUBG Mobile akan memperkenalkan lima watak iaitu: Goku, Vegeta, Frieza, Gohan, dan Piccolo. Skin istimewa ini pasti akan dijual buat masa terhad, jadi dapatkannya selagi acara belum tamat.
Sekali lagi saya ingatkan, kolaborasi PUBG Mobile dan Dragon Ball Super akan bermula dalam Update 2.7 pada bulan Julai tahun ini (bulan ini!). Jadi anda tidak perlu tunggu lama lagi untuk mencuba. Baca segala berita kami tentang PUBG Mobile di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post