gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Animasi

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar!

Hanya menunggu sesuatu yang tidak akan kembali.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2021
in Animasi, Anime, Artikel
0 0
0
LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar!
0
SHARES
73.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Artikel ini ditulis pada tahun 2019 sebelum Bleach mengumumkan akan mengadaptasikan anime untuk musim terakhir, lantas membuatkan Bleach tidak lagi relevan dalam senarai ini.

Artikel asal masih boleh baca di bawah:


Ia jadi menjadi perkara yang sedih dan menyakitkan hati apabila sebuah anime dibatalkan sebelum ia dapat menyampaikan keseluruhan jalan ceritanya. Peminat akan alami sebuah jalan cerita yang tergantung dan tidak akan capai kesimpulan yang mereka inginkan. Sering kali, satu musim untuk anime tersebut akan dihasilkan, tetapi ia akan berakhir dalam satu cliffhanger dan tidak akan dapat musim keduanya. Pada masa yang lain, anime tersebut juga boleh dibatalkan pada separuh jalan dan akan akhir tanpa apa-apa berita.

Anime adalah sebuah perniagaan dan perlu menjanakan pendapatan. Kalau tidak, apa guna kita panjangkan siri tersebut. Ini adalah isu untuk topik yang berbeza. Baiklah! Mari kita lihat beberapa anime yang tidak pernah mendapat peluang untuk menamatkan kisah mereka dengan betul.

High School of the Dead

High School of the Dead mengikuti kisah sekumpulan pelajar sekolah yang cuba bertahan hidup dalam dunia yang kini dihuni oleh zombie. Mereka bukan sahaja harus awas tentang zombie, malah perlu menangani masyarakat baru yang hidup tanpa moral. Kedua-dua manga dan anime diterima dengan baik dan sebenarnya sangat popular. Malangnya, siri ini tidak dapat diselesaikan selepas kematian penulisnya, Daisuke Satō, pada tahun 2017, jadi tidak akan ada penambahan baru untuk manga mahupun anime.

HOTD Anime GIF from Hotd GIFs

Deadman Wonderland

Deadman Wonderland adalah contoh sempurna apabila sebuah adaptasi anime terpesong jauh daripada sumber asal. Selepas pelajar sekolah, Ganta Igarashi menyaksikan seluruh kelasnya dibunuh, dia disalahkan untuk perbuatan keji itu dan dihantar ke Deadman Wonderland, sebuah penjara dan juga taman tema. Walaupun anime mempunyai adegan animasi yang hebat, mereka terlalu terlalu rushing pada plot cerita dan membuang beberapa watak-watak penting sepenuhnya daripada anime. Mestilah peminat manga tak suka kan? Peminat yang tidak membaca manga ini pun tidak boleh menikmati animenya. Tetapi itu bukan perkara paling teruk yang terjadi; siri itu dibatalkan selepas menamatkan musim pertama dengan cliffhanger mengecewakan yang hanya membuat peminat makin runsing.

Shiro Attack GIF from Shiro GIFs

Slam Dunk

Slam Dunk adalah anime yang sangat popular pada tahun 90an, terutama di Malaysia, dan bertahan untuk 101 episod sebelum dibatalkan. Siri ini mengisahkan pasukan bola keranjang dari Shōhoku High School dan memberi tumpuan kepada Hanamichi Sakuragi, serta persahabatan antara anggota pasukan Shōhoku. 101 episod adalah jumlah yang hebat untuk mana-mana anime, tetapi Slam Dunk tiba-tiba telah dibatalkan sebelum Nationals story arc. Ini boleh dikatakan sebagai story arc paling penting dalam siri kerana ia menyaksikan Shōhoku melawan rival terbesar mereka, Sannoh. Tiada siapa tahu mengapa anime itu dibatalkan, dan ia meninggalkan peminat tanpa kesimpulan yang memuaskan.

桜木花道 スラムダンク Sakuragi Hanamichi GIF from Sakuragihanamichi GIFs

Rurouni Kenshin

Rurouni Kenshin adalah satu lagi contoh anime yang sangat popular tetapi dibatalkan secara tiba-tiba. Rurouni Kenshin mengikuti pengembaraan Kenshin Himura, bekas pembunuh upahan yang bersumpah untuk tidak membunuh lagi dan sebaliknya mendedikasikan dirinya untuk melindungi mereka yang lemah. Ramai yang menyukai siri ini, tetapi hanya semasa ia masih mengikuti bahan sumber asal. Sementara menunggu produksi babak manga untuk bertambah, siri ini menyimpang dari bahan sumber asal untuk menghasilkan satu musim (musim ketiga) yang hanya dipenuhi dengan bahan filler. Minat penonton menurun dengan drastik apada musim ini, lalu menyebabkan siri dibatalkan pada pertengahan musim.

Kenshin Xkll GIF from Kenshin GIFs

Bleach

Tipulah kalau korang semua tak kenal anime ni! Bleach adalah salah satu anime paling popular yang bertahan selama 366 episod bermula 2004 hingga 2012. Anime supernatural ini mengisahkan kehidupan pelajar sekolah Kurosaki Ichigo selepas dia menjadi Shinigami, sebuah organisasi yang fungsinya sama seperti dewa maut. Tugas mereka adalah untuk melindungi manusia dari iblis-iblis jahat dan memimpin roh-roh sesat ke dunia akhirat. Disebabkan rating yang makin merosot, Bleach telah dibatalkan sebelum mencapai story arc terakhir, iaitu Thousand Year Blood War arc, yang melihat Quincy kembali untuk menentang Shinigami. Selepas begitu banyak episod, ia sangat mengecewakan bahawa kita tidak dapat melihat bagaimana siri ini sepatutnya berakhir.

Bleach Anime GIF from Bleach GIFs

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: animebleachcancelledDeadman WonderlandHigh School of the DeadRurouni KenshinSlam Dunk
Previous Post

Seorang peminat PUBG Mobile membuat MOD Pedang Samurai ‘Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba’ dan hasilnya memang menarik!

Next Post

Call of Duty Mobile Garena Clan Invasion telah diumumkan, Jangan tunggu lagi dan JOM DAFTAR SEKARANG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima dan Assassin’s Creed: Valhalla
Berita

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima dan Assassin’s Creed: Valhalla

May 16, 2022
Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!
Review

Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!

May 16, 2022
Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall
Tempatan

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

May 14, 2022
Next Post
Call of Duty Mobile Garena Clan Invasion telah diumumkan, Jangan tunggu lagi dan JOM DAFTAR SEKARANG!

Call of Duty Mobile Garena Clan Invasion telah diumumkan, Jangan tunggu lagi dan JOM DAFTAR SEKARANG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

by Razin Syafiq
May 14, 2022
0

Anime Fest adalah salah satu acara ACG paling dinanti-nantikan di Malaysia, tetapi siapa sangka ia begitu popular sehingga menyebabkan kesesakan trafik...

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

Walaupun Shin Ultraman sedang sibuk ditayangkan di pawagam Jepun sekarang, filem Shin Kamen Rider pula sedang sibuk mengeluarkan teaser dan...

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

PUBG MOBILE, hari ini telah mengumumkan game mode terhad baru yang diilhamkan oleh siri anime terkenal EVANGELION di mana pemain...

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

by Maira
May 13, 2022
0

Demon Slayer sememangnya popular dalam komuniti anime dan fandomnya juga boleh tahan ramai juga. Sudah tentu masing-masing mempunyai pendapat dan...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In