Minggu lalu jika anda semua peminat Call of Duty: Mobile (COD Mobile) yang kental, anda pasti tahu mereka ada membuka pendaftaran Clan Invasion di Call of Duty: Mobile. Iya itu memang betul kerana Call of Duty Mobile – Garena’s Clan Invasion merupakan Kejohanan Esport Nasional yang pertama untuk Malaysia, Singapura dan Filipina.
Ketiga-tiga negara yang termasuk negara kita sendiri akan menjadi tuan rumah ‘kejohanan kebangsaan mereka sendiri dengan kolam hadiah berasingan berjumlah lebih daripada USD 15,000 (anggaran RM63,000).Pendaftaran pasukan akan dibuka untuk semua negara sehingga 26 November diikuti oleh kelayakan dalam talian yang akan bermula pada 30 November.
Kolam hadiah yang dipecahkan adalah seperti gambar dibawah;
Bagi Malaysia dan Filipina, kelayakan dalam talian akan bermula serentak pada 30 November, diikuti oleh kelayakan daerah / negeri pada 14 Disember. Playoffs untuk Filipina dan Malaysia masing-masing akan diadakan pada 28 dan 29 Disember .
Sebaliknya, kualifikasi dalam talian Singapura akan bermula pada 7 Disember yang kemudiannya diikuti oleh Playoffs pada 21 Disember.
Dibawah ini adalah maklumat dan syarat yang ada didalam pendaftaran Clan Invasion Malaysia:
Tarikh Kualifikasi Online: Peringkat dalam talian akan berlaku secara serentak pada 30 November 2019.
Tempat Kualifikasi Online: –
- Peringkat 512 Pasukan – Online
- Peringkat 256 Pasukan – Online
- Peringkat 128 Pasukan – nline
- Peringkat 64 Pasukan – Online
- Peringkat 32 Pasukan – Online
- (Peringkat 16 pasukan maju ke Offline Top 16 Qualifier)
Tarikh dan Tempat Playoff Top 16 Offline: –
Tarikh: 14 Disember 2019
Lokasi: Penang: TBA; KL/Selangor: TBA; Pahang: TBA; Johor: TBA; Sabah: TBA; Sarawak: TBA
Tarikh dan Tempat Kejohanan Playoff LAN :
Tarikh: 29 Disember 2019
Lokasi: TBA
Limit Pasukan: 512 slot ; 5 pemain dalam setiap pasukan (tiada pengganti)
Semua peserta mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Jika peserta kurang dari 18 tahun, dia mesti memberikan surat persetujuan dari ibu atau bapa atau penjaga mereka. Hanya warganegara & penduduk tetap Malaysia yang dibenarkan menyertai Clan Invasion MY.
Untuk mendaftarkan Clan Invasion, lawati pautan individu:
Diterbitkan oleh Garena, bekerjasama dengan Activision dan TiMi Studios Tencent, Call of Duty Mobile – Garena menampilkan grafik berkualiti tinggi, permainan menarik dan kawalan lancar. Permainan 3A ini dibuat khusus untuk mudah alih dan diuji secara meluas di wilayah-wilayah terpilih selama beberapa bulan dengan maklum balas yang bermanfaat dan kini menyampaikan pengalaman pengguna yang lengkap dan terbaik untuk keinginan semua peminat!
Jadi sekali lagi, jangan lupa untuk mendaftar Clan anda di Call of Duty Mobile – Garena’s Clan Invasion
@gamersantaimy
Discussion about this post