gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Animasi

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, saya ada menulis artikel tentang lima siri anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar pada tahun 2019. Selepas membuat kajian lanjut, saya akhirnya kembali dengan PART 2 bagi senarai tersebut!

Sedikit penjelasan sebelum kami bermula, senarai anime di bawah lazimnya terpaksa “dibatalkan atau digantung” sebelum dapat menyampaikan keseluruhan jalan cerita. Sering kali, anime ini berakhir secara cliffhanger tetapi jika keadaan terlalu teruk, ia juga boleh dibatalkan pada separuh jalan tanpa pengumuman yang jelas.

Baiklah! Jom kita sambung PART 2 untuk “lima anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar!”

*Anda boleh baca PART 1 di sini*

Baccano!

Anime ABC's – B is for Baccano! – Jon Spencer Reviews

Diadaptasi daripada novel ringan, Baccano! boleh dianggap sebagai “anime yang bagus” dan terdiri daripada 16 episod yang dihasilkan oleh Brain’s Base, Aniplex dan Movic. Untuk Season 1, ia menerangkan peristiwa-peristiwa yang berlangsung dari tahun 1930 hingga 1932 di Amerika Syarikat semasa “era Prohibition” dan diceritakan dari pelbagai perspektif yang akhirnya akan bergabung bersama untuk mencipta kisah yang lebih besar tentang alkimia, kelangsungan hidup dan keabadian.

Malangnya, anime ini dibatalkan selepas hanya 16 episod. Mungkin penonton Jepun tidak begitu suka nada penceritaan yang tidak mengikut urutan, atau mungkin tidak dapat faham latar belakang keseluruhan. Lebih menyedihkan lagi, Baccano! dibatalkan tanpa sempat menjelaskan plot sebenar.

Isaac Miria GIFfrom Isaac GIFs

Berserk

Watch Berserk: The Golden Age Arc I - The Egg of the King | Netflix

Berserk adalah salah satu anime paling terkenal daripada segi “hiatus”. Untuk anime pertama, ia tamat pada arc “Band of the Hawks” di mana Griffin memerangkap semua “kawan-kawannya” di dalam alam ala neraka, lalu mereka diseksa dan dibunuh. Sampai sahaja episod itu, anime tamat tetapi manga terus berjalan untuk tempoh masa yang lama.

Selepas 18 tahun, sebuah anime sekuel pada tahun 2016 akhirnya meneruskan cerita selepas “Band of the Hawk” sehinggalah arc Golden Age. Pada ketika itu, peminat setia masih dapat melihat apa jadi seterusnya di manga tetapi pada pertengahan tahun 2021 – duka citanya untuk maklum, pencipta Kentaro Miura telah meninggal dunia, lantas tiada siapa akan tahu kesudahan Berserk di anime mahupun manga.

Guts GIFfrom Guts GIFs

Rave Master

Rave Master Wallpaper posted by Michelle Mercado

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Rave Master dihasilkan oleh Hiro Mashima, orang sama yang menghasilkan Fairy Tail dan Eden Zero. Jadi kita tahu betapa handal penciptanya. Siri ini telah diadaptasi kepada anime berjumlah 51 episod, tetapi terpaksa ditamatkan sejurus selepas pengenalan Lucia, antagonis sebenar semasa jalan cerita sedang mencapai bahagian klimaks.

Alasan ia dibatalkan serta-merta adalah kerana “rating yang terlalu rendah” manakala ada juga membuat andaian bahawa ini merupakan taktik supaya lebih ramai membaca manga untuk tahu apa yang berlaku seterusnya. Pada tahun 2013, satu crossover antara Rave Master dan Fairy Tail diadaptasikan kepada original video animation (OVA) dan rasanya itulah kali terakhir kita akan lihat Rave Master dalam bentuk anime.

Natsu Smile GIFfrom Natsu GIFs

Gantz

Is TV Show 'Gantz 2004' streaming on Netflix?

Gantz adalah siri unik yang dikenali kerana unsur keganasan, adegan eksplisit, dan teori falsafah tentang agama dan budaya. Selepas manga meraih sambutan tinggi, siri ini diadaptasikan kepada anime berjumlah 13 episod pada April 2004. Mengejutkan sekali, versi anime pun menjadi sangat popular dan pada tahun sama, pihak produksi telah melancarkan musim kedua pada Ogos 2004.

Satu-satunya masalah adalah manga mengeluarkan bab baru pada kadar yang sangat perlahan. Disebabkan itu, hanya tiga arc pertama yang dapat dijadikan anime sebelum penamatnya diganti dengan “filler” yang membuatkan lebih ramai peminat keliru. Anime tidak berhenti di situ, kerana pada tahun 2016, sebuah filem animasi CGI bertajuk Gantz: O ditayangkan yang merangkumi arc Osaka. Itu pun bukanlah kesimpulan sebenar Gantz yang sebenarnya masih jauh lagi.

Gantz Ajel GIFfrom Gantz GIFs

Hunter x Hunter

How would you rank every Hunter x Hunter arc? - Hunter Association

Selepas membuat versi reboot berdurasi 148 episod yang berjaya, anime Hunter x Hunter tamat pada tahun 2014 dengan “arc 13th Hunter Chairman Election” lalu terperangkap dalam status “hiatus” buat selama-lamanya. Sebab utama mengapa anime tiada sambungan adalah kerana kekurangan bahan dari sumber manga.

Manga kini berada di arc Dark Continent tetapi pencipta, Togashi Yoshihiro, terpaksa berhenti melukis kerana masalah kesihatannya bertambah teruk. Insiden ini berlaku pada tahun 2018 dan sejak itu, manga pun tidak ada satu kemas kini. Walaupun studio boleh meneruskan anime sehingga sampai ke titik semasa dalam manga, ini bukanlah solusi yang adil buat peminat yang dah lama menunggu.

Cry Hunter X Hunter GIFfrom Cry GIFs

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: animeBaccano!BerserkCanceldibatalkanGANTZHunter X HunterRave Master
Previous Post

Jualan manga terbaik sejak 2008! Demon Slayer kalahkan Naruto dan Bleach!

Next Post

PUBG Mobile masih kekal sebagai game mobile terlaris 2021 dengan untung lebih RM 4 billion!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
PUBG Mobile masih kekal sebagai game mobile terlaris 2021 dengan untung lebih RM 4 billion!

PUBG Mobile masih kekal sebagai game mobile terlaris 2021 dengan untung lebih RM 4 billion!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In