Sebagai follow-up untuk salah satu permainan video yang paling terkenal sepanjang masa, The Last of Us 2 boleh dikatakan antara salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan buat masa ini. Nampaknya, permainan itu seolah-olah berada pembangunan akhirnya setelah beberapa sesi performance capture bersama wataknya baru sahaja selesai.
Sesi performance capture untuk Laura Bailey telah pun selesai dan disahkan dengan foto dari Neil Druckmann di Instagram beliau. Gambar beliau bersama-sama dengan Bailey dimuat naik selepas salah satu sesi terakhirnya untuk permainan video The Last of Us 2. Druckmann juga meletakkan caption “Terima kasih kerana membantu membawa salah satu watak kegemaran saya dengan jayanya, awak lakukannya dengan sangat hebat.”
Walaupun kita tidak tahu lagi bilakah The Last of Us 2 akan hadir, gambar-gambar seperti ini menunjukkan sebahagian kejayaan besar untuk pembangunan game ini, and diharapkan pada masa akan datang tahun ini, kita akan diberikan lagi maklumat tambahan untuk pembangunan di sebalik tabir game yang dinanti-nantikan. The Last of Us 2 sekarang ini dibangunkan hanya untuk PS4, dan masih tiada sebarang tarikh dan tajuk yang sesuai telah pun dirasmikan oleh Naughty Dogs. Apa-pun pemain tak sabar nak tunggu keluaran game ini!
Sumber: Instagram Neil Druckmann
@gamersantaimy
Discussion about this post