Sejak diumumkan trailer rasmi untuk Borderlands 3, peminat fanatik Borderlands tidak sabar-sabar menantikan kehadiran game tersebut. Namun, di sebalik penantian itu, emosi mereka berbelah bahagi. Ini kerana mereka juga mengumumkan yang permainan ini hanya eksklusif untuk Epic Games Store pada enam bulan pertama. Ini tidak menggembirakan sesetengah peminat, sehingga mereka terus memboikot game tersebut! Tidak mahu berdiam diri, CEO Gearbox tampil memberikan penjelasan mengapa mereka membuat keputusan itu.
First – Please understand that although I may have thoughts and opinions about this topic, the authority here truly is in the hands of our publishing partner, 2k Games. So while I may have some influence, I cannot force anything (and this ship has sailed, so to speak).
— Randy Pitchford (@DuvalMagic) April 13, 2019
Randy Pitchford, CEO Gearbox menjawab persoalan seorang pengguna Twitter LilMcFlurry tentang mengapa Borderlands 3 di PC hanya eksklusif untuk Epic Games Store pada enam bulan pertama sebelum Steam. Dalam tweet bebenang, beliau menjelaskan beberapa point penting tentang pillihan tersebut. Beliau menyatakan yang ciri-ciri yang ada pada platform tersebut contohnya model perniagaan Epic ada lebih pro-pengguna daripada Valve. Selain itu, Pitchford berkata yang segala keputusan dibuat oleh publisher mereka iaitu 2K Games, dan beliau tidak mempunyai apa-apa pendapat lain selain menyokong keputusan mereka.
Mengakui yang Steam mempunyai lebih ciri-ciri yang tersedia, beliau berkata Borderlands 3 akan keluar pada bulan September, jadi Epic mempunyai masa untuk melaksanakan ciri-ciri yang akan memuaskan pengguna. Beliau menambah yang kehadiran platform seperti Epic Games Store untuk pengguna PC adalah bagus untuk developers dan juga pemain kerana ia bersifat neutral dan bukanlah hanya satu pihak memonopoli keseluruhan platform.
Perbincangan terbesar antara Epic Games Store dan Steam adalah jumlah pendapatan yang setiap pihak ambil dari pemaju dengan setiap pembelian yang dibuat di kedai masing-masing. Dari pengumuman Epic Games Store, Epic mengeluarkan carta ini untuk membandingkan jumlah hasil yang diambil mereka dan Valve. Kedai Epic hanya mengambil potongan pendapatan sebanyak 12% manakala Steam mengambil 30%. Itulah dua kali ganda jumlah yang Epic ambil. Dengan pengalaman kerjayanya selama dua puluh tahun antara kedua-dua syarikat, Valve dan Epic, Pitchford mengatakan bahawa dia tahu selok-belok tentang bagaimana kedua-dua syarikat itu berfungsi dan mengapa dia berfikir bahawa Epic Games Store kemungkinan akan mengatasi Steam jika Valve tidak membuat perubahan besar secepat yang mungkin.
Sumber: DualShock & Randy PItchford
@gamersantaimy
Discussion about this post