Pihak Netherealms telah pun memastikan bahawa tiada ‘Loot Boxes’ yang akan hadir di Motal Kombat 11 seperti yang diingini oleh komuniti, tetapi yang pasti akan hadir adalah Transaksi Mikro yang terdapat seperti pemainan AAA yang lain. Mortal Kombat 11 akan menampilkan transaksi mikro pilihan yang pemain boleh gunakan untuk membeli barangan kosmetik.
Transaksi mikro ini dikenali sebagai ‘Time Crystal’ yang akan membawa anda terus ke pembelian kosmetik. Disitu turut termasuk kulit (skin), gear (yang tidak mempunyai statistik dalam permainan ini), intros, posing kemenangan dan banyak lagi. Tiada bayaran diperlukan untuk mengguna dan memenangi transaksi mikro atau kelebihan permainan yang dapat diperoleh dengan Time Crystals dalam permainan. Pemain hanya perlu bermain seperti biasa untuk mendapatkannya.
“We don’t want to have any competitive advantage for money,”
“There’s no loot boxes. We don’t want that. We’ve heard the community doesn’t want that. We’ve seen the reaction to other games that have it. We don’t want that reaction. There are no loot boxes in this game whatsoever,”
-Himmerick .
Dalam masa yang sama, pihak Netherealms turut telah berkongsi beberapa gameplay bagi Kitana, Cetrion dan D’Vorah.
Jom saksikan si puteri Kitana yang menggunakan aksi brutal bersama kipas bilahnya;
Juga Cetrion watak baru di Mortal Kombat 11 berperanan sebagai ‘Elder God’ yang memerintah alam semulajadi serta elemen-elemen lain;
Selain itu tidak terlupa kepada ratu serangga kita iaitu D’Vorah, kali ini D’Vorah nampaknya lebih menggunakan anak-anak serangganya untuk membuat serangan.
Menarik kan gameplay Si Puteri, ‘Elder God’ serta ‘Ratu Serangga ini’, jangan lupa dapatkan pre-order Mortal Kombat 11 atau tunggu kehadirannya di pasaran 23 April ini di PlayStation 4, Xbox One, Switch, and PC.
Sumber: Twinfinite
@gamersantaimy
Discussion about this post