Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Buka Pre-Order, Gameplay Baru Didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2024
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Buka Pre-Order, Gameplay Baru Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess rasmi akan dikeluarkan pada Xbox Game Pass, dan juga pada Xbox Series X | S, Windows, PlayStation 5 dan Steam pada 19 Julai 2024, dan bagi sesiapa yang menantikan game “Kagura Strategy Action”, ia juga tersedia untuk pre-order sekarang.

Sempena itu, Capcom telah mengeluarkan trailer gameplay baharu yang mendedahkan lebih banyak maklumat tentang gameplay – yang boleh dilihat di bawah.

Kami sudah membincangkan tentang gameplay umum game ini dalam artikel lepas, jadi anda boleh merujuk artikel lama untuk info itu. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan perkara baharu yang didedahkan.

Base

Kredit: Capcom

Untuk memulihkan keamanan di Gunung Kafuku yang tercemar, guardian Soh dan Maiden Yoshiro mesti membersihkan roh jahat yang dikenali sebagai Seethe. Sambil menyucikan kampung, kawasan yang telah dibersihkan itu boleh dijadikan “base” untuk aktiviti selanjutnya.

Di base, terdapat pelbagai fasiliti, bermula dengan ‘Tent’, yang turut menawarkan Ema Plaque. Dengan memeriksa Ema Plaque, anda boleh melihat model Seethe bagi butiran lebih terperinci.

Kredit: Capcom

Di dalam Tent, anda boleh bersiap sedia untuk misi seterusnya dengan menyesuaikan pelbagai elemen, seperti memasang “Tsuba Guard” pada pedang anda, menukar “Mazo Talisman” yang anda bawa dan menguatkan penduduk kampung.

Tsuba Guard

Kredit: Capcom

Tsuba Guard disematkan dengan kuasa dewa, dan dengan menggunakan “Spiritual Power” mereka, anda boleh melepaskan abiliti istimewa. Teknik ini termasuk serangan yang pantas dan kuat yang memberikan damage besar, abiliti support daripada penduduk kampung, dan pelindung yang melindungi daripada pencerobohan dan serangan Seethe. Terdapat pelbagai teknik rahsia.

Masks

Kredit: Capcom

Mask juga dilengkapi dengan kuasa dewa. Dengan memanfaatkan kuasa topeng ini, penduduk kampung boleh ditugaskan untuk pelbagai Role. Di base, anda boleh menguatkan topeng yang mengawal Role ini seperti meningkatkannya kuasa serangan dan membuka kemahiran khusus.

Anda boleh reset setiap Mask secara bebas. Ini membolehkan anda customize mengikut strategi untuk setiap peringkat. Sebagai contoh, jika ada peringkat di mana banyak musuh Seethe terbang, anda boleh fokus kepada Mask yang pakar dalam serangan jarak jauh.

Di Sebalik Tabir

Selain itu, rakaman di sebalik tabir daripada proses pembangunan juga dikeluarkan oleh Capcom. Anda boleh melihat dedikasi pasukan pembangunan yang menghidupkan dunia unik permainan melalui peringkat, reka bentuk watak dan bunyinya.

Pre-Order Kini Tersedia

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akan dikeluarkan pada 19 Julai 2024, untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4 dan Steam. Mereka yang melanggan Xbox Game Pass boleh memainkannya dari hari pertama keluaran.

Ia menyokong Xbox Play Anywhere, membenarkan crossplay dan save data transfer antara Xbox dan Windows 10/11. Selain itu, mereka yang membeli versi PlayStation 4 boleh menaik taraf kepada versi PlayStation 5 secara percuma.

Kredit: Capcom

Game ini akan dikeluarkan dalam format digital sahaja. Mereka yang pre-order Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akan menerima peralatan protagonis Soh, Mazo Talisman “Walking Basket” dan “Astral Projection,” serta Buku Seni Mini digital yang merangkumi seni konsep daripada game itu.

Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!

Tags: Kunitsu-Gami: Path of the GoddessPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu POCO F6 Pro – Serba Lengkap Untuk Setiap Situasi, Tidak Kira Gaming Atau Fotografi

Next Post

Game Football Manager Secara Rasmi Tambah Premier League, Bawa Pasukan & Pemain Berlesen!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game Football Manager Secara Rasmi Tambah Premier League, Bawa Pasukan & Pemain Berlesen!

Game Football Manager Secara Rasmi Tambah Premier League, Bawa Pasukan & Pemain Berlesen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd