Devil May Cry 5 adalah bukti kejayaan Capcom yang mampu memberikan pemain kepuasan dan keseronokan ketika bermain terutamanya selepas Resident Evil 2. Ia adalah game yang telah lama dinanti-nantikan peminat pada tahun ini. Sejak pengeluarannya pada 8 Mac hari itu, game ini mendapat banyak kritikan yang kebanyakannya adalah positif. Dengan popularitinya yang semakin meningkat, ada saja data miners yang nak korek data dan file Devil May Cry 5 untuk mengetahui kandungan yang akan datang untuk game tersebut. Untuk mengetahui siapakah watak terbaru itu, akan terdapat beberapa spoiler, jadi yang belum habis main, berjaga-jaga!
Data miners telah menjumpai satu bukti yang menunjukkan abang Dante, Vergil mungkin akan kembali ke Devil May Cry 5 sebagai watak yang boleh dimainkan. Dalam satu temu ramah bersama Hiedeaki Itsuno, beliau berkata yang Capcom boleh menambahkan beberapa watak terbaru untuk dimainkan sebagai DLC jika terdapat ramai pemain yang bersetuju. Buat masa ini, berkemungkinan besar yang Vergil akan datang ke DLC Devil May Cry 5, tapi tak semestinya untuk jalan cerita utama, mungkin untuk mod Bloody Palace, di mana update tersebut akan ditambah bulan hadapan, April.
Devil May Cry 5 kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One. Dengan update terbaru iaitu Bloody Palace, yang akan datang April ini, peminat sepatutnya tak perlu tunggu dengan lebih lama untuk mengetahui jika Vergil adalah watak yang boleh dimainkan tersebut. Korang rasa Vergil ke yang akan jadi watak terbaru tersebut, ke ada watak lain?
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post