Ada waktunya apabila tengah main DMC 5, semuanya teratur walaupun ada beberapa waktu itu kita berasa goyah dengan musuh-musuh itu mula menyerang karekter yang kita main, tetapi dengan mendapat kombinasi dalam DMC 5 sememangnya hebat dengan serangan yang boleh lambung musuh ke udara sambil menembak musuh dengan senjata api yang karekter kita ada. Kemudiannya gred keluar di tepi skrin kaca TV dengan bunyi guitar yang kuat lagi padu, ketika itu saya adalah seorang yang hebat lagi maskulin di dalam DMC 5.
- Pengenalan
Itu adalah perasaan pertama yang saya dapat gambarkan apabila saya main DMC 5, DMC 5 ada 21 Misi termasuk satu misi rahsia, game DMC 5 ini diketuai oleh Hideaki Itsuno seorang game designer didalam siri DMC 5 yang terbaru ini. Ianya agak masa sedikit untuk pemain mendapatkan rentak untuk mendapat kombo tersebut yang anda perlu ingat bagaimana dengan kombo tersebut. Devil May Cry adalah siri Hack ‘n’ Slash yang ramai orang orang suka main ketika dulu.
- Karekter dan senjata
Anda akan main tiga karekter dalam DMC 5 iaitu Nero, Dante dan V. Nero mempunyai senjata seperti pedang Red Queen, pistol Blue Rose Revolver dan Devil Breaker yang mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh digunakan di dalam misi di DMC 5. Kemudiannya kita ada Dante yang terkenal dengan Ebony dan Ivory iaitu pistol Dante, kemudiannya pedangnya Rebellion yang ikonik, Balrog iaitu Devil Arm Dante dan motorsikal yang akan membantunya iaitu Cavaliere. Kemudian yang terakhir, si misteri iaitu V. V mempunyai spells yang memanggil Familiar seperti Griffon dan Shadow. Kemudianya ada summon iaitu Nightmare yang sangat kuat untuk menentang musuh di dalam DMC 5. Tetapi kalau mahukan “upgrade” dalam DMC 5 agak mahal kerana anda perlu bayar dengan Red Orbs tetapi ianya mahal kerana peringkat kesusahan itu tersendiri, jika peringkat senang, akan jadi lagi murah.
- Jalan cerita
DMC 5 yang mempunyai jalan cerita yang bijak dan mempunyai skrip yang lucu, jarang DMC mempunyai twist dan jalan cerita yang mendalam seperti siapakah V, apakah musuh besar kali ini didalam DMC 5 dan banyak lagi. Penceritaan ini bermula ketika tamatnya DMC4, Dante dan Nero berkerjasama dengan orang baru iaitu V untuk melawan watak jahat yang misteri iaitu Urizen. Pada waktu itu Red Grave City telah menjadi tempat pembiakan mahkluk setan yang makan darah manusia, dan kebetulan banyak manusia dekat situ. Perlu diingatkan yang DMC 5 ada kelebihan masing-masing jadi tidak semestinya Nero senang diguna dan Dante juga senang diguna, lain orang dan lain perfahaman dalam DMC 5 tersebut.
- Sistem tempur dan Bunyi
Jadi dalam bahagian mekanik game yang sememangnya sangat menarik, kerana ada waktu ianya sangat lancar dan sangat stabil dari segi senjata pilihan anda, seperti menembak dengan Blue Rose kemudian serang semula dengan pedang Red Queen adalah satu perasan yang sangat memuaskan. Walaupun begitu jika anda tidak biasa dengan dengan game DMC 5, Jangan risau kerana anda akan berasa senang kerana gameplay yang simple lagi seronok untuk pemain terbaru, juga ianya ada pilihan untuk tahap kesusahan yang berbeza, dari yang paling mudah kepada paling susah iaitu Devil Hunter. Soundtrack untuk DMC 5 bukan hanya yang biasa mahupun generik tetapi ianya sangat hebat dan kena dengan persekitaran di dalam pertempuran dengan pelbagai lagu seperti Subhuman dari kumpulan Suicide Silence dengan Michael Barr, Devil Trigger dari seorang komposer Casey Edwards dengan penyanyi Ali Edwards yang menjadi tarikan pemain sendiri, dan ada banyak lagi lagu di dalam DMC 5 yang memberikan testosterone yang diperlukan didalam DMC 5.
- Boss dan Level Design
Boss di dalam DMC 5 setiap satunya ada kelainanya dan ada yang senang mahupun susah didalam perlawanan dengan boss tersebut, yang penting adalah mencari dimana kelemahan ataupun “loophole” untuk melawan boss seperti Goliath, Artemis, Nidhogg dan banyak lagi. Pada mulanya anda akan berlawan dengan Qliphoth iaitu boss yang paling senang tetapi anda perlu berhati-hati dengan melawan dengan boss tersebut, anda perlu bijak dengan senjata pilihan apabila melawan dengan boss tersebut. Tidak lupa juga yang level design setiap satu dalam game itu ada kebaikan dan kekurangan, yang kebaikan dalam level design itu adalah merasai persekitaran yang unik lagi mengagumkan, DMC 5 sememangnya menambahkan pengalaman yang seronok tetapi kekurangan dalam DMC 5 level design dalam game itu agak berulangan walaupun agak sama di dalam level design tersebut.
- Mencari Konklusi
Kesimpulannya adalah Devil May Cry 5 adalah game yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan menjanjikan aksi lagi lincah dan lagu yang sangat seronok seperti Devil Trigger dan Subhuman. Bagi pemain setia siri DMC mahupun pemain baru siri DMC akan suka dengan game ini bukan sahaja senang untuk dimainkan tetapi ianya mengekalkan elemen original di dalam Siri DMC 5 yang boleh didapati platform PC, PS4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
The Review
Devil May Cry 5
Devil May Cry 5 adalah satu game yang rasa "Fresh" dan amat sesuai bagi peminat lama siri DMC dan peminat baru siri DMC. Sangat seronok untuk dimain dan memberikan penceritaan yang bijak.
PROS
- Mengekalkan Elemen Originaliti Devil May Cry
- Gameplay Tidak Berasa "repetitive"
- Jalan Cerita Yang Kemas dan Skrip Yang Bagus
- Grafik Yang Amat Memuaskan
- In-Game Soundtrack Yang Sangat Mengagumkan
CONS
- Level Design agak biasa dari waktu ke waktu
- Orbs Dan Upgrade Yang Agak Mahal
Discussion about this post