UNIQLO telah memperkenalkan koleksi UT terbaharu yang diinspirasikan daripada Egghead Arc dalam anime/manga popular One Piece.
Koleksi ini memberi penghormatan kepada pengembaraan terbaharu Luffy, yang kini bergelar salah seorang daripada Four Emperors (Yonko), di pulau futuristik Egghead. Setiap helai baju-T dijual pada harga RM59.90 dan menampilkan rekaan unik yang menonjolkan watak serta momen ikonik dari arc ini.
Terdapat empat rekaan baju-T eksklusif dalam koleksi ini, masing-masing menggambarkan elemen penting dalam arc tersebut. Baju-T berwarna krim memaparkan panel ala manga berwarna yang menyentuh hati, memfokuskan interaksi antara Bonney dan Bartholomew Kuma.
Baju-T hitam pula menonjolkan Seraphim, barisan klon berkuasa, dengan empat ahlinya dicetak di bahagian belakang. Untuk mereka yang mahu rekaan lebih beraksi, baju-T biru menyerlahkan adegan lawan antara Zoro dan Rob Lucci.
Akhir sekali, baju-T putih menampilkan ilustrasi mengagumkan keempat-empat Yonko—Shanks, Marshall D. Teach (Blackbeard), Monkey D. Luffy, dan Buggy—di bahagian hadapan.




Koleksi UT One Piece Egghead Arc ini kini boleh didapati di semua cawangan UNIQLO dan juga melalui pembelian dalam talian, membolehkan para peminat mempamerkan sokongan serta minat mereka terhadap dunia One Piece dengan penuh gaya.









Discussion about this post