Semasa mesyuarat bersama pemegang saham, Ubisoft mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan sebuah game Ghost Recon baharu, sekali gus menandakan perubahan besar dalam arah francais ini.
Berbeza dengan tajuk terkini seperti Ghost Recon: Wildlands (2017) dan Ghost Recon: Breakpoint (2019) yang menggunakan sudut pandang third-person, game baharu ini akan kembali menggunakan perspektif first-person sepenuhnya — kali terakhir digunakan dalam game asal Ghost Recon pada tahun 2001.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft, Yves Guillemot, yang menekankan strategi syarikat dalam memperkukuh kedudukan mereka dalam industri gaming dengan mempertingkatkan pengalaman sedia ada serta memanfaatkan pelancaran game akan datang.
“Objektif kami adalah untuk mencapai kemajuan besar dalam pasaran yang sedang berkembang dengan terus meningkatkan pengalaman yang kami tawarkan—dan memanfaatkan pelancaran yang akan datang, seperti The Division dan Ghost Recon,” kata Guillemot seperti yang dilaporkan oleh Game File.
Ini merupakan kali pertama Ubisoft secara rasmi mengesahkan projek Ghost Recon baharu ini.

Maklumat tambahan dikongsikan semasa sesi soal jawab mesyuarat itu, apabila Ketua Pegawai Kewangan Ubisoft, Frederick Duguet, menghuraikan pelan pelaburan syarikat, termasuk suntikan dana daripada gergasi industri Tencent, yang akan digunakan untuk menyokong pembangunan jenama utama mereka.
“[Pelaburan itu akan] digunakan untuk pembangunan masa depan jenama utama lain. Jadi kami mempunyai… Ghost Recon hanyalah satu contoh, untuk game jenis first-person-shooter,” jelas Duguet.
Kenyataan ini mengesahkan bahawa game baharu Ghost Recon ini akan beralih sepenuhnya kepada mod first-person, sekali gus membezakan ia daripada pendekatan open-world third-person seperti tajuk sebelum ini.
Sebagai salah satu francais utama dalam senarai IP milik Ubisoft, Ghost Recon telah berdepan pelbagai cabaran dalam beberapa tahun terakhir. Wildlands dan Breakpoint menerima reaksi bercampur daripada pemain dan pengkritik, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa siri ini memerlukan arah baharu.
Peralihan kepada pandangan first-person turut seiring dengan khabar angin yang mula tersebar sejak Jun 2025, yang mendakwa Ubisoft sedang membangunkan projek dengan kod nama “Ovr.”
Berdasarkan laporan oleh Tom Henderson dari Insider Gaming, game ini berlatarbelakangkan konflik fiksyen yang dinamakan Naiman War, dan dijangka akan dilancarkan sekitar 2025 hingga 2026.
Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai latar belakang, ciri-ciri utama, atau tarikh pelancaran masih belum didedahkan.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)


![[Khabar Angin] FromSoftware Memiliki Projek Misteri Bernama FMC, Mungkin Game Dark Souls?](https://cdn.gamersantai.com/2025/07/FMC_FROMSOFTWARE_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post