Berikutan dengan trailer baharu Overwatch 2 yang menampilkan pelbagai kemas kini, Blizzard entertainment telah mengumumkan yang mereka akan membawa kolaborasi bersama anime dan manga yang terkenal iaitu One-Punch Man pada 7 Mac sehingga 6 April 2023.
Setakat ini, mereka hanya mendedahkan skin Doomfist yang menampilkan Saitama dan pihak Blizzard menjanjikan yang mereka akan membawa lebih banyak skin, kosmetik dan skin Legendary yang boleh diperolehi bagi setiap watak. Ia akan didedahkan sebelum kolaborasi ini bermula.
Selain itu, mereka juga telah mendedahkan kemas kini terbaru untuk Season 3 seperti map baharu, skin, ganjaran, acara dan kolaborasi. Kalau dilihat, memang banyak kandungan baharu akan ditambah dalam Overwatch 2. Berikut adalah senarai yang diumumkan oleh Blizzard Entertainement melalui video trailer tersebut:
- Map baru – Antarctic Peninsula
- Skin yang bertemakan Mitologi Asia
- Mythic Skin Kiriko
- Lowerwatch Dating Sim (13 – 28 Februari 2023)
- Ultimate Valentine’s Event (14 – 28 Februari 2023)
- Pachimarchi (21 Mac – 4 April 2023)
Setiap season, mereka akan melalukan keseimbangan dan memperbaiki game untuk meningkatkan pengalaman pemain. Oleh itu, mereka akan melalukan sedikit perubahan dalam Overwatch 2 menjelang Season 3 yang bakal tiba pada 7 Februari 2023 nanti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Season 3, sila KLIK DI SINI.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi Overwatch 2 bersama One-Punch Man bakal bermula pada 7 Mac sehingga 6 April 2023. Overwatch 2 kini boleh dimainkan secara percuma di pelbagai platform seperti PlayStation 5, PlayStation4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Battle.net.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post